Cara Masak Chicken Perattal Yang Mudah Tapi Sedap

Share

Ringkas tetapi sedap! Itulah gambaran bagi resipi chicken perattal yang dikongsi oleh Sheena Supramaniam. Tengok warna masakan itu sahaja sudah dapat merasai keenakan rasanya. Resipi yang patut dicuba kerana ia cepat dan mudah. Boleh buat menu Chicken Perattal untuk makan tengah hari nanti.

CHICKEN PERATTAL

 

BAHAN-BAHAN:

  • Ayam – dipotong kecil
  • Sebiji tomato (beli online DISINI)
  • Daun kari sikit (beli online DISINI)
  • Daun ketumbar (pilihan, tiada pun takpa)
  • 5 biji bawang kecil
  • 5 ulas bawang putih (beli online DISINI
    )
  • 2 halia saiz ibu jari (beli online DISINI)
  • 1 batang kayu manis (beli online DISINI)
  • 5 buah pelaga
  • 2 bunga lawang (beli online DISINI)
  • 1/2 sudu besar jintan manis (beli online DISINI)
  • 2 1/2 sudu besar serbuk cili (beli online DISINI)
  • 2 sudu besar serbuk kari ayam atau daging (beli online DISINI)
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk kunyit (beli online DISINI
    )
  • Garam (beli online DISINI)

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Kisar bawang merah kecil, bawang putih dan halia.

 

2. Kemudian, panaskan kuali dengan minyak kelapa dan masukkan buah pelaga, bunga lawang dan jintan manis. Masukkan juga daun kari.


3. Selepas itu, masukkan bahan yang telah dikisar tadi.


4. Masukkan sedikit air dan tumis sehingga pecah minyak.


5. Bila dah pecah minyak, masukkan ayam dan 1 1/2 sudu kecil serbuk kunyit.


6. Kacau sebati dan masukkan buah tomato.


7. Masukkan 2 1/2 sudu besar serbuk cili dan 2 sudu besar serbuk kari ayam/daging.


8. Kacau sebati dan masukkan garam. Biar ayam masak dalam api sederhana. Kacau sekali sekala. Jika terlalu kering, boleh tambah air sedikit.


9. Masukkan daun ketumbar. Kacau sebati dan biar masak dalam 5 minit lagi.


10. Siap! Boleh makan dengan nasi panas, capatti, thosai, idly, roti canai, lemang, ketupat. Semua boleh.

 

Kredit resipi & foto: Sheena Perattal

 

Anda mencari KUALI NON STICK? Boleh klik DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

IKLAN