Suka Bihun Goreng Singapura? Tapi selalu gagal kerana terlebik atau terkeras. Jagan risau kali ini RASA kongsikan resipi yang simple dan mudah ikut dari Che’ Nom. Tengok gambar je dah menyelerakan, anda boleh cuba untuk hidangan tengahari ini atau malam mengantikan nasi. Maklumlah dah rasa muak dengan makanan berminyak dan pedas.
 BIHUN GORENG SINGAPURA
 BAHAN-BAHAN: 1 bungkus bihun | 400gm
 Sedikit minyak| untuk menumis
 1 mangkuk kecil isi udang
 1 mangkuk kecil isi ayam| potong dadu
 3 batang fish cake, potong dadu
 1 kiub ikan bilis
 2 biji telur
 Kobis | cincang kasar
 Karot| potong mancis
 Sedikit sawi | potong
 Sedikit tauge | buang ekor
 lada sulah (jika suka)
 Garam dan gula secukup rasa
 Bawang goreng dan daun bawang untuk hiasan 
BAHAN KISAR HALUS: 5-6 ulas bawang putih
 1 biji bawang besar
 2 sudu besar lada hitam
 CARA MEMASAK:
  - Rendam atau celur bihun sehingga lembut. Tapis dan ketepikan.
  - Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk halus sehingga kekuningan dan naik bau.
  - Masukkan isi udang, isi ayam dan fish cake.
  - Masukkan pula kiub ikan bilis dan pecahkan telur. Kacau seketika.
  - Masukkan bihun dan kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan sayur-sayuran seperti karot, kobis, sawi dan teruskan kacau sehingga bihun lembut dan sebati.
  - Tabur sedikit lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Taugeh ditambah pada saat akhir supaya tidak terlalu layu.
  - Angkat dan hiaskan dengan taburan bawang goreng dan daun bawang. Hidangkan bersama sambal kicap dan telur dadar
  
 Tips: Jika bihun masih keras ketika digoreng, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga bihun menjadi lembut. Jangan terlebih masukkan air kerana bihun akan menjadi lembik.
Resepi Oleh: Che’ Nom