Cara Masak Ayam Kam Heong Yang Simple Tapi Sedap

Share

Macam ayam masak kicap tapi sebenarnya bukan. Memang sedap walaupun cara memasaknya cukup simple. Kadang-kadang, lauk yang sedap ni tak perlu nak beria-ia sangat memasaknya. Cukup ringkas-ringkas je. Boleh cuba masak resipi yang RASA kongsikan ini ya.​​

AYAM KAM HEONG SIMPLE

BAHAN-BAHAN
Ayam 1/2 ekor
2 biji bawang besar atau bawang holland | potong dadu
3 ulas bawang putih ketuk je
3 tangkai daun kari
10 tangkai cili padi merah/hijau belah dua
2 sudu makan rempah kari ayam bancuhkan
2-3 sudu makan sos tiram
2-3 sudu makan sos cili
2-3 sudu makan kicap manis

CARA MEMBUAT 
1. Goreng ayam dan ketepikan.
2. Tumis bawang besar, bawang putih, daun kari dan cili padi sehingga naik bau dan kekuningan.
3. Masukkan rempah kari masak hingga pecah minyak.
4. Kemudian masukkan sos tiram, sos tiram dan kicap. Perasakan dan masukkan ayam. Gaul sebati. Siap!
5. Sedap dengan nasi panas-panas. Sangat mudah, cepat dan sedapppp! Boleh juga tukar kepada udang, ketam atau sotong.

Selamat mencuba!

Terima kasih kepada Ct Hajar dari telegram KakiMakan

IKLAN