Cara Masak Asam Pedas Ayam Yang Enak & Menyelerakan

Share
Asam Pedas merupakan antara menu kegemaran ramai. Selalunya kita makan Asam Pedas Ikan kan? Kali ini, jom kita cuba buat Asam Pedas Ayam pula. Jarang orang masak Asam Pedas Ayam ni tapi bagi orang Johor, ini menu biasa je. Nak tahu resipi penuh? Jom kita lihat resipi perkongsian Amoy Sally ni. Selamat mencuba!

ASAM PEDAS AYAM

BAHAN-BAHAN:
  • 1 ekor ayam
  • 4 biji bawang merah | dikisar
  • 5 ulas bawang putih | dikisar
  • 2 inci kunyit hidup | dikisar
  • 1 inci halia | dikisar
  • Lada hitam | dikisar
  • Cili kisar | ikut tahap kepedasan masing-masing
  • 2 batang serai | diketuk
  • Daun kesum | lagi banyak lagi sedap
  • Daun limau
  • Bendi
  • Tomato
  • Air asam jawa
  • Minyak masak | kena guna minyak yang banyak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan masukkan serai yang telah diketuk. Tumis hingga naik bau.
2. Kemudian, masukkan bahan-bahan kisar kecuali cili kisar. Tumis hingga naik bau, kemudian baru masukkan cili kisar. Tumis sehingga cili betul-betul masak dan garing.
3. Bila cili dah garing, boleh masukkan ayam atau ikan. Bila ayam dah agak kecut, baru masukkan air hingga paras ayam.
4. Kemudian, boleh masukkan perasa dan masukkan daun kesum, daun limau, bendi dan tomato.
5. Akhir sekali masukkan air asam jawa.
6. Siap dan sedia dihidangkan.
INFO:
  • Air boleh ditambah mengikut banyak mana yang anda suka
  • Lebihan minyak tu boleh disenduk keluar.
Kredit resipi & foto: Amoy Sally

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN