Cara Langkah Demi Langkah Masak Kuih Pulut Sekaya @ Tok Aji Serban

Share

Ramai yang suka makan Kuih Pulut Sekaya atau juga dikenali dengan nama Kuih Tok Aji Serban tetapi tak berani nak cuba masak sendiri di rumah kerana risau kuih ini sukar untuk dihasilkan. Jangan bimbang, sebenarnya mudah sahaja. Anda boleh rujuk resipi langkah demi langkah perkongsian saudari Asmida Nor. Lengkap dengan gambar. Barulah mudah untuk dirujuk. Jom cuba! Hasilnya memang enak dan beliau guna resipi ini untuk jualan juga. Selamat mencuba!

RESIPI KUIH PULUT SEKAYA @ TOK AJI SERBAN

BAHAN-BAHAN PULUT:
2 cawan beras pulut beli online disini
250ml santan beli online disini
Sedikit garam
Baking paper

BAHAN LAPISAN ATAS:
2 biji nisan kerek @ gula melaka beli online disini
1/2 cawan gula perang beli online disini
1/2 cawan air
Daun pandan
6 biji telur gred A
1 cawan santan
Sedikit garam
Esen vanilla beli online disini

CARA MEMASAK:
1.Rendam beras pulut selama 1 jam. Tos dan ketepikan.


2. Satukan santan bersama sedikit garam. Kacau sebati hingga santan larut. Ketepikan.


3. Seterusnya dalam periuk berasingan, satukan nisan kerek @ gula melaka, gula perang, air dan daun pandan. Masak sehingga semua bahan larut.


4. Lapik baking paper dalam loyang bersesuaian (empunya resipi guna loyang saiz 7 inci).
5. Letak beras pulut yang direndam tadi. Masukkan santan, kalau tak cukup, tambah sedikit air. Agak-agak sahaja jumlahnya biar beras pulut terendam sedikit.


6. Kukus pulut selama 30 minit.


7. Dalam bekas lain, satukan telur, santan, sedikit garam

dan esen vanilla. Pukul sebati.


8. Masukkan air nisan kerek @ gula melaka tadi. Pastikan ia ditapis terlebih dahulu.

9. Kacau guna whisk hingga sebati sahaja tak perlu hingga kembang.


10. Bila pulut sudah masak, gemburkan.


11. Kemudian mampatkan pulut tadi kembali.


12. Cucuk pulut menggunakan garpu supaya bila bahan lapisan atas dimasak nanti, ia akan melekat elok bersama pulut.


13. Tuang adunan telur. Pastikan ditapis terlebih dahulu.


14. Kukus selama 45 minit.


15. Bila sudah masak, sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum diterbalikkan. Pulut Sekaya @ Tok Aji Serban siap dimasak dan sedia untuk dinikmati.

 

TIP MASAK PULUT SEKAYA @ TOK AJI SERBAN

1.Kalau nak masak pulut yang tebal seperti yang dimasak oleh empunya resipi, guna loyang saiz 7.


2. Jika tak suka pulut yang tebal, guna loyang saiz 8.
3. Kuih harus dibiarkan sejuk terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang.

Kredit resipi & foto: Asmida Nor

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN