Ada tak yang suka masak pakai kunyit segar @ hidup? Guna herba ni memang masakan lebih enak dan lebih wangi. Berbeza jika kita guna kunyit serbuk. Bagi yang nak cuba, boleh ‘follow’ resipi perkongsian saudari Linda Mokhtar ini.
Untuk menghasilkan kunyit hidup kisar ini, caranya mudah sahaja. Anda hanya memerlukan:
BAHAN-BAHAN:
Ads
Kunyit segar | dibersihkan kulitnya
Beberapa keping asam gelugur
Sedikit garam
Botol @ balang
CARA-CARA:
Kisar halus kunyit dan masukkan ke dalam balang.
Ads
2. Kemudian msukkan beberapa keping asam gelugur dan juga sedikit garam. Ia bertujuan untuk memastikan kunyit kisar tahan lama dan kekalkan warna kunyit ini.
Ads
3. Simpan di dalam peti sejuk. Keluarkan apabila mahu menggunakannya. Ia sesuai digunakan untuk memasak pelbagai jenis sajian yang ada menggunakan kunyit, untuk memerap ikan, ayam dan sebagainya.
Bila makan tak berpantang, makan semua sedap berselera. GOUT memang datang menangkaplah kalau tak jaga makan. Cara mudah nak rawat GOUT paling senang. Bahan yang senang dicari, mudah dibuat, rasanya pun sangat sedap. Ikut cara ini.
Bahan:
1. 1 tin jus nenas (ikut apa2 jenama pun)
2. 1.5 liter air mineral tutup biru / hijau. Osmosis berbalik tak boleh guna.
3. Campurkan air nenas tin ke dalam air mineral 1.5liter. Jika berlebihan pada air mineral anda kena minum sedikit terlebih dahulu elakkan air tumpah.
4. Bacaan Bismillah 11x.
5. Selawat Nabi 11x.
6. Al-Fatihah keatas Nabi Muhammad 1x.
7. Habiskan air campuran nenas tersebut 1.5liter dalam masa 2-3jam.
8. Ulang semula kaedah diatas jika kesan bengkak dan sakit GOUT menunjukkan pengurangan.
9. Tidak boleh lebih dari 3 botol dalam sehari.
Kongsi resipi: Sahrizal Miswan, Pusat Terapi Al-Jawahir, Shah Alam
Biskut raya jika salah cara penyimpanannya, akan menyebabkan biskut menjadi lemau dan tidak sedap. Namun jangan risau kerana ada petua untuk mengatasi masalah ini. Jika amalkannya masalah biskut lemauni dapat diatasi.
PETUA ELAK BISKUT RAYA MENJADI LEMAU
1. JEMUR TEPUNG DAN GULA TERLEBIH DAHULU.
Tepung dan gula yang dijemur akan menghasilkan biskut yang ringan. Jika susah nak jemur, tepung boleh disangai didalam kuali sebelum digunakan. Ia merupakan petua orang tua dulu-dulu bagi menghasilkan biskut yang sedap dan rangup.
2. SEJUKKAN BISKUT SEBELUM DISIMPAN.
Biskut yang masih panas perlu disimpan terlebih dahulu sebelum disimpan dalam balang. Jika terus disimpan, wap panas akan berkumpul dalam balang seterusnya melembabkan biskut.
3. SIMPAN DALAM BEKAS KEDAP UDARA.
Untuk menjamin biskut raya tahan lama, sebaiknya simpan dalam bekas kedap udara dan jangan dibuka terlalu kerap. Ini kerana udara yang masuk akan menyebabkan biskut lemau.
4. PASTIKAN BALANG BETUL-BETUL KERING.
Sebelum guna balang untuk menyimpan biskut, pastikan bekas tersebut betul-betul kering dan tiada kesan air. Ia bagi mengelakkan biskut mudah rosak apabila dalam keadaan lembab.
5. ALASKAN DENGAN KERTAS MINYAK.
Jika anda membuat biskut yang berminyak seperti tat, biskut mentega dan sebagainya, pastikan apabila simpan biskut dalam balang, setiap lapisan dialas dengan kertas minyak. Ia bertujuan menyerap lebihan minyak serta memastikan biskut sentiasa kering.
6. ASINGKAN SETIAP JENIS BISKUT DALAM BEKAS BERLAINAN.
Elakkan dari mencampur biskut berlainan dalam bekas yang sama. Ini kerana jika dicampur, biskut akan cepat lemau kerana setiap jenis biskut di adun dengan bahan yang berbeza.
7. GUNA BUNJUT GARAM
Untuk memastikan biskut kekal rangup dalam masa yang lama, masukkan uncang berisi garam ke dalam balang biskut. Caranya ialah bungkus satu atau dua sudu teh garam dan masukkan ke dalam balam. Garam akan berfungsi menyerap lembapan yang ada dalam balang.
8. TABUR GULA DALAM BEKAS.
Taburkan sedikit gula ke dalam balang atau bekas yang mengandungi biskut. Ia berfungsi mengelakkan biskut dari menajdi cepat tengik dan hapak.
9. PANGGANG KEKACANG TERLEBIH DAHULU.
Jika anda membuat biskut berasaskan kekacang, pastikan ia dipanggang terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam adunan biskut. Kekacang yang tidak dipanggang akan menyebabkan biskut cepat lemau dan tengik. Elakkan juga menggoreng kacang kerana ia akan menyebabkan biskut lebih berminyak.
TIP SELAMATKAN BISKUT RAYA YANG LEMAU
Bakar semula biskut yang lemau dengan suhu 180C selama lima minit. Hasilnya biskut yang lemau tadi akan kembali rangup dan sedap.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ada orang suka masak udang dengan kulit, tak kurang juga suka udang yang dikopek atau dibuang kkulit siap-siap. Tapi pernah tak terfikir mana satu lebih baik masak udang dengan kulit atau tidak. Namun hakikatnya masak udang dengan dua cara ini akan memberikan rasa yang berbeza.
Masak Udang Dengan Kulit
Masak udang dengan kulitnya sekali ada beberapa kelebihan, salah satunya untuk mengekalkan rasa manis dan berjus isi udang, terutama jika dibakar atau digoreng. Selain itu, kulit udang memberikan aroma dan rasa pada masakan walaupun dimasak tanpa bahan perapan. Di dalam masakan berkuah, kulit udang berfungsi sebagai stok semulajadi seafood yang sedap.
Masak Udang Tanpa Kulit
Masak udang tanpa kulit tidak salah, ia bergantung pada rasa dan hasil masakan. Jika suka rasa kenyal yang kaya dengan bahan perencahnya, adalah lebih baik menggunakan udang tanpa kulit. Kerana kulit boleh menghalang bahan perapan atau tumisan dari menyerap ke dalam isi udang. Mana kala udang yang dibakar dengan arang, aroma smokey akan menjadikan rasa isi udang lebih sedap tanpa kulit.
Bahagian Yang Dibuang, Tapi Ada Manfaatnya
Biasanya jika tidak mahu kulit, bahagian kepala dan ekor udang turut dibuang, sedangkan bahagian ini masih boleh dimanfaatkan. Contoh kepala udang boleh digoreng dengan tepung, kemudian tumis bersama sayur, aroma udang yang kuat akan menjadi penambah perasa pada udang. Sementara ekor dan kulit udang boleh dibersih dan direbus untuk dijadikan stok.
Cara Betul Masak Udang
Penting sekali, jangan memanggang atau membakar udang terlalu lama, ia menyebabkan isi udang kering dan liat. Cukup sekadar isi berubah warna menjadi putih tapi masih pink di tengahnya. Kedua, udang menyerap perencah dengan cepat, jadi tidak perlu diperap lama, jika lama aroma udang berkurangan. Oleh itu jangan perap lebih dari 30 minit. Ketiga, semasa memasak jika perencah perapan mengandungi perahan jus lemon, limau nipis atau cuka. Secara tidak langsung rasa masam akan menjadikan udang masak secara semulajadi semasa proses perapan. Oleh itu masa memanggang menjadi lebih pendek supaya tidak overcooked.
Macam mana suka masak udang dengan kulit atau tak?
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 bakal berlangsung di Dataran Merdeka dengan penghasilan 16,000 pek bubur lambuk bersama anggota bomba dan komuniti sebagai percubaan rekod Malaysia.