Cara Cuci Kain Pengelap Dapur Agar Lebih Bersih & Nampak Baru Tanpa Guna Peluntur.

Share

Macam mana cara cuci kain pengelap yang kotor ni secara berkesan dan mudah? Ini mungkin jalan penyelesaian yang anda cari. Kain pengelap adalah benda yang wajib ada di setiap dapur. Berbanding tisu, kain lebih mudah digunakan untuk membersihkan kotoran memasak. Namun, jika tidak dibasuh dengan kerap,  kain pengelap ini biasanya akan menjadi terlalu kotor dan busuk lebih-lebih lagi jika digunakan untuk mengelap tumpahan cecair dan minyak masak. 

Kain pengelap yang terlalu kotor agak sukar dibersihkan dengan menggunakan sabun biasa. Malah, ramai suri rumah yang menggunakan peluntur untuk menanggalkan kotoran degil ini. Berkesan tapi kain pengelap akan menjadi mudah reput,, koyak dan luntur warnanya. Rugi! Tapi ada cara lain yang boleh dicuba. Petua  mudah ini mampu memastikan kain pengelap sentiasa bersih dan selamat digunakan. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

CARA BERSIHKAN KAIN PENGELAP DAPUR TANPA GUNA PELUNTUR

BAHAN-BAHAN:

  • 2 sudu makan Soda Bikarbonat
  • 1/2 cawan cuka
  • 1 mangkuk air panas
  • Kain Pengelap

CARA-CARA:

  1. Masukkan soda bikarbonat ke dalam mangkuk berisi air panas.
  2. Kemudian masukkan cuka. Kacau rata.
  3. Seterusnya masukkan kain pengelap.  Pastikan kain tersebut terendam sepenuhnya. Biarkan kain terendam semalaman.
  4. Bilas kain dengan air bersih dan jemur sehingga kering. Hasilnya kain pengelap anda lebih bersih dan tidak busuk.
IKLAN