Cara-Cara Nak Buat Chicken Wing Macam Yang Anda Selalu Order Di Restoran Pizza.

Share

Hidangan kepak ayam selalunya menjadi kegemaran anak-anak. Malah orang dewasa pun sangat suka. Lembut dan penuh perisa! Kepak ayam sebegini biasanya dijaul di restoran-restoran pizza. Makan panas-panas memang layan tetapi jika dibeli, harga boleh tahan mahal dan tak puas.

Oleh itu, jom cuba resipi perkongsian Puan Zura Nafis ni. Ini adalah resipi olahan beliau sendiri dan setelah beberapa kali dicuba, akhirnya dapat juga resipi yang 99% sama. Anda pun boleh cuba. Pasti si kecil anda makan tak henti.

 

CHICKEN WING ALA RESTORAN PIZZA

BAHAN-BAHAN:

  • Kepak ayam secukupnya

BAHAN PERAPAN:

  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan madu – boleh ganti dengan gula tapi kurang umpphh!
  • 1 sudu makan serbuk cili – lebihkan jika suka pedas
  • 1 biji limau kasturi – perah ambil jus. Saiz limau sebesar syiling 10 sen
  • Garam dan perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Satukan kesemua bahan perapan dan sebatikan.
  2. Kemudian masukkan kepak atau apa-apa bahagian ayam. Gaul rata dan perap selama 1 jam. Lebih enak jika perap semalaman.
  3. Tutup bahagian atas ayam menggunakan aluminium foil dan bakar pada suhu 160-170C selama 15-20 minit ( bergantung pada saiz dan ketebalan isi ayam.)
  4. Setelah ayam masak, buka aluminium foil dan bakar lagi selama 5 minit ( ikut kesesuaian oven masing-masing) untuk garingkan ayam.
  5. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & gambar: Zura Nafis

 

ANDA MUNGKIN NAK CUBA

http://www.rasa.my/roti-rangup-inti-berlauk-menu-mudah-untuk-sarapan-minum-petang/

IKLAN