Cara-Cara Membuat Mi Kuning Daun Ketumbar Secara Homemade. Segar,Lebih Bersih & Halal!

Share

Mi kuning memang tidak mahal harganya namun jika dibuat sendiri secara homemade, pastinya lebih enak, bersih serta dijamin halal. Anda pun tidak ragu-ragu untuk menikmatinya. Bahkan boleh menambah sayur-sayuran seperti daun ketumbar atau bayam hijau di dalamnya menjadikan mi anda lebih enak serta berkhasiat. Bagi yang nak cuba buat mi kuning sendiri, jom lihat cara-caranya.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg tepung gandum
  • 350 air
  • 1 sudu teh air abu
  • 1 sudu makan garam
  • 1 sudu teh pewarna kuning atau serbuk kunyit
  • 1-2 pokok daun ketumbar

CARA-CARA:
1: Masukkan tepung, garam, serbuk kunyit , air dan daun ketumbar dalam mangkuk.


2: Gaulkan adunan menjadi doh . Kemudian bulatkan kepada beberapa bahagian.


3: Canaikan doh menjadi nipis menggunakan mesin pengelek 2-3 kali.


4: Seterusnya masukkan kepingan doh dalam mesin untuk membentuk mi.


5: Panaskan air, tambahkan sedikit minyak di dalamnya dan celur seketika mi.


6: Gaulkan mi yang telah ditoskan dengan minyak bawang putih.

7. Boleh dinikmati sama ada digoreng, dibuat sup dan sebagainya. Boleh juga disimpan di dalam peti sejuk. Ia boleh bertahan selama 7 hari.

IKLAN