Cara-Cara Membuat Kiub Pati Ayam Secara Homemade. Pasti Masakan Anda Lebih Sedap & Enak!

Share

Stok ayam ni banyak gunanya. Selain dijadikan bahan perasa dan penyedap pada masakan, ia juga menjimatkan masa memasak. Hanya dengan satu kiub sahaja ia boleh menjadikan masakan anda beraroma serta lazat!

Namun, kebanyakan kiub pati ayam yang dijual di pasaraya mengandungi MSG yang kurang baik untuk kesihatan ahli keluarga anda. Sebagai alternatifnya, anda boleh hasilkan sendiri kiub pati ayam di rumah menggunakan bahan-bahan segar dan asli. Anda juga boleh mengawal jumlah garam yang digunakan serta abaikan penambahan MSG.

Nak cuba buat sendiri? Jom kita lihat bahan-bahan serta cara-cara penyediaannya. Untuk kiub pati ayam homemade ini, ia mampu bertahan 3-5 hari jika disimpan dalam peti sejuk biasa dan 2 minggu jika disimpan di dalam peti sejuk beku.

 

BAHAN-BAHAN:

  • Tulang ayam, leher, kepak dan sedikit isi
  • 2-3 ulas bawang putih | dihiris
  • 1-2 biji bawang merah | dihiris
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 sup bunjut | optional
  • 1 pelepah daun saderi | dihiris
  • 1/2 batang lobak merah | dihiris
  • Air secukupnya

 

CARA MEMASAK:

1. Rebus kesemua bahan sehingga mendidih.

 

2. Lepas mendidih, kecilkan api dan renehkan sup hingga airnya tinggal separuh. ( Empunya resipi biasa rebus 4-6 jam. Sebabnya nak keluarkan segala aroma, rasa dan khasiat dari tulang temulang dan isi ayam tu)

3. Dah masak, tapiskan airnya. Ambil isi ayam, batang saderi sikit (batang sahaja) dan lobak untuk dikisar. Bahan-bahan lain dibuang termasuk tulang-tulang.

4. Letakkan stok ayam dalam tray ais untuk dibekukan.

5. Untuk mudah disimpan, selepas kiub pati ayam beku, keluarkan dari tray dan simpan dalam bekas lain. Letak kembali dalam peti sejuk beku dan guna pada bila-bila masa.

 

Selamat mencuba!

 

 

Kredit resipi & gambar:

http://annuranna.blogspot.my/2016/04/resepi-stok-ayam-homemade-tanpa-msg.html

IKLAN