
Stok ayam ni banyak gunanya. Selain dijadikan bahan perasa dan penyedap pada masakan, ia juga menjimatkan masa memasak. Hanya dengan satu kiub sahaja ia boleh menjadikan masakan anda beraroma serta lazat!
Namun, kebanyakan kiub pati ayam yang dijual di pasaraya mengandungi MSG yang kurang baik untuk kesihatan ahli keluarga anda. Sebagai alternatifnya, anda boleh hasilkan sendiri kiub pati ayam di rumah menggunakan bahan-bahan segar dan asli. Anda juga boleh mengawal jumlah garam yang digunakan serta abaikan penambahan MSG.
Nak cuba buat sendiri? Jom kita lihat bahan-bahan serta cara-cara penyediaannya. Untuk kiub pati ayam homemade ini, ia mampu bertahan 3-5 hari jika disimpan dalam peti sejuk biasa dan 2 minggu jika disimpan di dalam peti sejuk beku.
BAHAN-BAHAN:
- Tulang ayam, leher, kepak dan sedikit isi
- 2-3 ulas bawang putih | dihiris
- 1-2 biji bawang merah | dihiris
- 1 batang kulit kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 1 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga cengkih
- 1 sup bunjut | optional
- 1 pelepah daun saderi | dihiris
- 1/2 batang lobak merah | dihiris
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Rebus kesemua bahan sehingga mendidih.
2. Lepas mendidih, kecilkan api dan renehkan sup hingga airnya tinggal separuh. ( Empunya resipi biasa rebus 4-6 jam. Sebabnya nak keluarkan segala aroma, rasa dan khasiat dari tulang temulang dan isi ayam tu)
3. Dah masak, tapiskan airnya. Ambil isi ayam, batang saderi sikit (batang sahaja) dan lobak untuk dikisar. Bahan-bahan lain dibuang termasuk tulang-tulang.
4. Letakkan stok ayam dalam tray ais untuk dibekukan.
5. Untuk mudah disimpan, selepas kiub pati ayam beku, keluarkan dari tray dan simpan dalam bekas lain. Letak kembali dalam peti sejuk beku dan guna pada bila-bila masa.
Selamat mencuba!
Kredit resipi & gambar:
http://annuranna.blogspot.my/2016/04/resepi-stok-ayam-homemade-tanpa-msg.html
Esok Hari Kebangsaan, Jom Cuba 5 Sajian Cina, Stail ala Hong Kong Tetapi Olahan Citarasa Malaysia.

Hari ni Min nak kongsi resepi dari Restoran Cina Muslim terkenal iaitu Restoran Haslinda Sim Abdullah. Sajian yang dihidangkan adalah resipi warisan keluarga ‘taukeh’ restoran sendiri Datin Haslinda Sim Abdullah .
Menariknya masakannya stail ala Hong Kong tetapi telah diolah semula oleh Datin Haslinda mengikuti selera dan citarasa rakyat Malaysia. Jika anda nak bersantai cuti Hari Kebangsaana boleh aje menjamu selera di restoran ini yang terletak di Bandar Baru Bangi.
Jom kita semak dan cuba resipi yang dikongsi ini.
1. MASAK ASAM IKAN SIAKAP
BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor ikan siakap
Bahan untuk di kisar:
- 100gm bawang putih
- 100gm bawang besar
- 50gm serai
- 100gm lada merah
- 150gm pes cili @ cili boh
5 keping asam keping
50gm asam jawa
50ml air limau nipis
Garam secukup rasa
Bahan di potong kasar dan digoreng sekejap sahaja :
(secukupnya ikut citarasa)
- Kacang panjang
- Kacang bendi
- Tomato
- Bawang besar
- Lada merah
CARA MEMASAK :
1. Ikan dikukus dalam pengukus.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dikisar tadi hingga naik bau
3. Masukkan asam keping, air limau nipis, asam jawa dan garam secukup rasa
4. Campurkan sedikit air jika rasa agak kering.
5. Masukkan ikan siakap yang dikukus serta bahan-bahan yang digoreng tadi.
6. Siap untuk dihidangkan.
2. NAI WANG SHENG XIA (UDANG GALAH SUSU CAIR)
BAHAN-BAHAN :
| dikisar satu persatu
- 100gm bawang putih
- 100gm lada merah
- 50gm cili kering
- 50gm serai
- 50gm belacan
- 50gm udang kering
2 ekor udang galah
50gm cili boh
250ml susu cair
Beberapa helai daun kari
Garam secukup rasa
2 sudu minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK :
1.Udang galah yang sudah dicuci bersih gorengkan separuh masak.
2. Bahan-bahan yang dikisar ditumis hingga naik bau dan kekuningan.
3. Masukkan daun kari, garam, susu cair dan udang yang telah digoreng
4. Gaulkan dan biarkan masak dan naik minyak.
5. Sedia untuk dihidangkan
3. AYAM MASAK PORTUGIS
BAHAN-BAHANNYA :
- 300gm daging ayam | dipotong kecil dan digoreng setengah masak
- 15gm lada hitam
- 50gm marjerin
- 100gm sos cili
- 1 sudu makan gula
- 3 sudu makan susu cair
CARA MEMASAK :
1. Panaskan majerin di dalam kuali.
2. Masukkan lada hitam, sos cili dan gula , dan gaul sebati.
3. Kemudian masukkan pula ayam dan gaul lagi hingga sebati
4. Masukkan susu cair dan masak hingga agak sedikit kering
5. Siap untuk dihidangkan
4. TAUHU LABU
BAHAN-BAHAN :
- 2 batang tauhu Jepun
- ¼ biji labu kuning
- ½ paket cendawan putih Shimeji
- 200gm brokoli
- 1 ulas bawang putih
- Minyak untuk mengoreng
- Stok ayam secukup rasa
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Tauhu sebatang dipotong empat.
2. Panaskan minyak, dan goreng tauhu hingga kuning.
Cara masak sos :
3. Labu kuning dikukus bersama kulitnya sehingga masak
4. Setelah labu masak, korek isinya menggunakan sudu dan buang kulitnya.
5. Kisar halus isi labu tadi.
6. Kemudian panaskan sedikit minyak masak dan tumis bawang putih hingga kuning.
7. Masukkan labu yang dikisar tadi dan kacau mengikut citarasa pekat atau cair.
8. Sambil kacau masukkan garam dan stok ayam secukup rasa. Ketepikan sos labu.
9. Rebus brokoli dengan sedikit minyak.
10. Setelah direbus, susun ditepi pinggan
11. Letakkan tauhu ditengah pinggan kemudian siramkan dengan sos labu tadi
12. Siap untuk dihidangkan.
5. DUA KOMBINASI KAILAN
BAHAN-BAHANNYA:
- 300gm sayur kailan
- 2 ulas bawang putih
- 2 sudu minyak masak
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Daun sayur kailan dihiris halus
2. Kemudian digoreng dan toskan minyak agar garing. Ketepikan
3. Batang sayur kailan digoreng bersama bawang putih dan garam secukup rasa.
4. Taburkan daun sayur kailan yang digoreng tadi di atas batang sayur kailan
5. Siap untuk dihidangkan.
Terima kasih : Restoran Haslinda Sim Abdullah
Alamat : No. 46, Jalan Medan Pusat 2C, Section 9, Selangor, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu operasi : 1100 pagi – 1030 malam
Cara Baiki Sink Dapur Tersumbat Dengan Mudah & Cepat

Sink dapur tersumbat? Aduhh… Hilang mood. Sink di dapur memang sangat penting dan perlu dijaga dengan baik. Ini kerana jika air mula bertakung, pastinya bakal mengganggu kerja-kerja memasak anda di dapur. Rimas dan boleh menimbulkan marah. Ada yang mengatasi masalah ini dengan cara menggunakan asid. Hmm…memang berkesan tapi agak berbahaya dan boleh menghakis. Malah, baunya juga kurang menyenangkan.
Ada petua lebih selamat yang boleh anda cuba bagi mengatasi masalah ini dari berlarutan. Nak cuba? Ikut langkah-langkah ini.
CARA ATASI MASALAH SINKI DAPUR TERSUMBAT
BAHAN-BAHAN:
- 1 genggam garam kasar
- 1 jug air panas
CARA-CARA:
- Campurkan segenggam garam kasar bersama air panas dan kemudian siram ke dalam sinki yang tersumbat. Pastikan tiada air dalam sink atau tidak terlalu banyak.
- Jika sumbatan tidak teruk, air akan cepat turun. Jika masih bertakung, ulang 2 kali dan biarkan semalaman. Perlahan-lahan sinki anda akan kembali pulih dan tidak tersumbat lagi.
- Mahu elak masalah sama dari kembali terjadi, lakukan aktiviti ini setiap dua minggu. Hasilnya sinki anda pasti tidak mengalami masalah lagi.
Selamat mencuba!
Dua Wanita Ini Kongsi Resipi Nasi Ayam & Ayam Penyet Yang Boleh Buat Berniaga.

Dua wanita ini kongsi resipi Nasi Ayam dan Ayam Penyet di laman sosial dan resipi ini memang boleh boleh dibuat berniaga. Menurut Nurul Afifah Hanafi melalui perkongsiannya di FB Mahn, memberitahu nasi ayam yang dikongsinya adalah adalah resipi ibunya yang kemudian dia buat berniaga.
“Dari kecik sAmpai dah kawen, tiap kali balik cuti dari asrama, cuti U, cuti office, balik kampung time cuti raya, mak akan tanye nk mak masak ape. Anak2 mak akan jwb nasi ayam. Sbb nasi ayam mak yg tersedap di selera tekak anak2 dia berbanding org lain masak.
Dan skrg nasi ayam resepi mak ni la yg jd sumber pendapatan sy laki bini stlh dua2 berhijrah dari Kl balik duk kampung, n dua2 resign keje. Bermula dgn cod je, Insyaallah tahun dpn bkk kedai makan.
Ade ke yg nak resepi? doakan bisness kami mampu pergi jauh.”
Resipi Nasi Ayam Nyakut”
- Sup ayam
****
Tumis bwg besar, bwg putih, halia, rempah 4 sekawan, biji ketumbar. Dah naik bau masukkan air sparuh periuk, masukkan ayam belah 4 je dulu (tujuan nk bg isi ayam moist bile potong after goreng, kalau goreng kecik2 trus, isi kering). Perasakan dgn serbuk ayam. sy guna Tumix, garam. Tgu mendidih agak2 ayam hampir empuk (jgn lama sgt smpai ayam jd hancur). Klau nk masukkan ubi kentang, bebola after kuarkan ayam. Takut kentang hancur masak lama2. Hias dgn daun sup, daun bwg, bwg goreng. - Ayam
****
Angkat ayam, toskan, perap dgn kicap pekat manis. Biar salut smua ayam.
Goreng ayam dlm myk terendam. Minyak betul2 panas, pastu slowkan api. goreng sekilas je sbb ayam dah masak kan mase rebus. nk bg nampak ayam brownish je. Potong ayam kpd beberapa bhgian. - Nasi
*****
Basuh beras, selawat.
Masukkan air rebusan sup ayam, tmbh planta 2 sudu, daun pandan, pewarna kuning. Kacau bg sekata planta. - Sos Kicap
******
Campurkan kicap manis, air sup td sikit, sambal lada. - Sambal lada
*****
Blend lada burung , lada besar, bwg putih seulas, gula, garam, ajino, cuka, air sikit. Nk tmbh tomato, perah air limau kasturi pon blh. Style sy tmbh air sup sikit, tp utk jual x sesuai takut x tahan lama.
Ini pula perkongsian Resipi Ayam Penyet Edisi Lengkap daripada Rosma Ros
AYAM PENYET
BAHAN-BAHAN:
Untuk Ayam:
- 1 ekor ayam potong 8….
( rebus ayam agak2 air tenggelam ayam.bersama sebiji bwg besar, 3 ulas bwg putih, seinci halia, 1 sudu pati ayam)
- 1/2 sudu mkn jintan putih** sangai
- 1 sudu mkn jintan manis** sangai
- 2 sudu mkn ketumbar biji** sangai
- 1 inci halia
- 3 btg serai..
- 1/2 inci lengkuas
- 1 inci kunyit hidup
- Sebiji bwg sederhana besar
- 3 ulas bwg putih
- 1 sudu serbuk kari daging
- 1 sudu lada putih
- Garam
- 1 sudu pati ayam
- Perasa kalau nak…
- 1 biji telur
- 1 cwn tepung beras
CARA MEMASAK:
- Ayam direbus bersama sebiji bwg merah, 3 ulas bawang putih, seinci hali, pati ayam .
Rebus sampai air menggelak kejap tutup api..toskan ayam. - Sementara itu, goreng kering bahan sangai dalam kuali sampai bau wangi dan agak garing.
- Masukkan semua bahan dalam blander. Masukkan sikit jer air kisar halus bersama semua bahan-bahan perasa agar semuanya sebati.
- Masukkan ayam dalam bekas dan gaul bersama bahan kisar tadi. Sesuaikan rasa dan perap semalaman atau sekurang2nya sejam sebelum goreng.
- Bila nak goreng, celup ayam.dalam sebiji telur dan gaul dengan tepung..
- Goreng dalam minyak banyak menggunakan api perlahan. Boleh gunakan periuk kecil agar semua ayam tenggelam.
- Bahan rempah lebih, gaul tempe dengan tauhu dan goreng.
Note: Rempah yang lebih renjis2 dlm minyak, goreng garing dan toskan. Masa nak hidang taburkan atas ayam.
RESIPI NASI
- 4 cwn beras..basuh bersih…
- Bhn tumis…
- 4 biji bwg merah
- 3 ulas bwg putih
- 1 inci halia
- 1 btg kulit kayu manis
- 2 biji bunga lawang
- 5 biji cengkih
- Sbtg serai
- 2 sudu margerin/ butter/ atau kumpul lemak ayam.
- Air rebusan ayam
- Garam
- Daun pandan
- Sikit kunyit serbuk
CARA MEMASAK:
- Panaskan butter… tumis bhn tumis.. bwg merah..halia..bwg putih.. serai..kulit kayu manis..bunga lawang dan cengkih
- Tumis sampai wangi.
- Curah semua dlm nasi … masukkan garam..air rebusan.. daun pandan simpul dan kunyit serbuk ..gaul sebati… air mcm masa nasi biasa jer… tanak sampai masak..
RESIPI SAMBAL
- 5 biji cili api merah/ tambah jika suka pedas..ros ank2 tk mkn pedas.
- 5 biji cili api hijau
- 2 biji cili besar merah
- 2 inci belacan bakar
- Sebiji bawang besar
- 3 ulaa bwg putih
- 2 biji tomato
- Segenggam ikan bilis
- Gula merah ikut manis nak
- Garam
- perasa kalau nk.
- Sebiji limau nipis
CARA MEMASAK:
- Goreng ikan bilis hingga garing… angkat..
- Goreng semua bhn yg lain kecuali garam dan gula…. goreng masak.. sampai wangi..
- Blander semua bahan.
- Masukkan dalam kuali, masak sampai pekat dan wangi. Masukkan bahan perasa garam dan gula secukup rasa.
UNTUK SUP
- lebihan kaki, leher, kita rebus bersama ayam. Masukkan sup bunjut, dan perasa. Rebus daan masak macam biasa.
NOTE: Boleh dihidang dengan ulam-ulam yang kita suka.