
Pernahkah anda cuba hidangan sup daging di restoran masakan Thai? Rasanya sangat berbeza dengan sup yang kita biasa masak yang biasanya banyak menggunakan sup bunjut dan rempah. Sup Daging Thai ni pula rasanya masak, pedas dan tidak bersepah dengan rempah. Memang sedap! Jom cuba resipi perkongsian saudari Rozita Daud ni.
SUP DAGING THAI
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kg daging – hiris nipis
- 2 batang serai – dititik
- 5-6 biji cili api – lebihkan jika nak pedas
- 2 biji tomato – belah 4
- 1 biji bawang besar
- 4-5 ulas bawang putih – cincang
- 3cm halia – hiris
- 2 batang saderi – hiris
- 50gm cendawan
- 5 biji limau nipis – ambil jusnya
- Sedikit air
- Air rebusan daging secukupnya
- Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Rebus daging hingga empuk. Angkat dan toskan airnya. Air rebusan disimpan untuk dijadikan kuah.
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta halia hingga naik bau.
- Kemudian masukkan sedikit air, perahan jus limau limau nipis dan air rebusan daging. Jumlahnya bergantung kepada sebanyak mana anda nak kuah sup.
- Seterusnya masukkan serai, cili padi, batang saderi dan bawang. Masak lagi hingga lembut.
- Akhir sekali, masukkan daging. Biarkan mendidih.
- Masukkan hirisan tomato, cendawan, garam serta perasa dengan secukupnya. Kacau rata.
- Setelah mendidih dan rasa dah cukup, angkat dan hidangkan.
Kredit resipi & foto: Rozita Daud
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Koleksi Resipi Aneka Sup Mudah & Sedap Untuk Berbuka Puasa.

Hidangan sup ringkas yang dimasak menggunakan bahan-bahan segar sememangnya sangat lazat. Penggunaan bahan berkualiti seperti makanan laut, isi ayam, daging dan telur memberikan rasa, aroma serta keenakan yang tersendiri. Ditambah pula dengan penambahan aneka sayur-sayuran berkhasiat serta rempah, menjadikan hidangan sebegini semestinya sangat bagus untuk dicuba dan disajikan buat keluarga lebih-lebih lagi di bulan puasa nanti.
1. SUP UDANG DAN NANAS
BAHAN-BAHAN:
- 300gm udang sederhana besar
- 1/2 biji nanas | dihiris
- 1 biji cili merah
- 2 biji cili padi
- 3 ulas bawang putih | dihiris
- Sedikit daun bawang | dihiris
- Air secukupnya
- Sedikit minyak masak
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan. Kemudian masukkan kepingan buah nanas. Tumis seketika.
- Seterusnya masukkan air dan biarkan merenih. Tambahkan cili merah dan cili padi.
- Apabila kuah mendidih, masukkan udang dan biarkan sehingga masak.
- Ubah suai rasa dengan menambah garam mengikut cita rasa anda.
- Sedia untuk dinikmati.
2. SUP KAMBING BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
- 5 keping isi dan tulang kambing
- 1 biji bawang Bombay | dihiris
- 3 ulas bawang putih | dihiris
- 2 ulas bawang merah | dihiris
- 2 sudu makan serbuk rempah sup | tambahkan sedikit air supaya menjadi pes
- 1 kiub stok daging
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh herba basil
- 1 liter air
- 1 biji ubi kentang | dipotong kiub
- Hirisan cili merah secukupnya
- Hirisan daun bawang secukupnya
- Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang Bombay, bawang merah dan bawang putih sehingga layu. Kemudian masukkan pes rempah sup dan tumis seketika.
- Masukkan daging serta tulang kambing dan gaul sebati. Tambahkan air dan kacau sebati. Perlahankan api dan biarkan sup merenih.
- Tambahkan kiub stok daging, herba basil dan ubi kentang. Biarkan sehingga masak.
- Perasakan dengan garam mengikut cita rasa anda.
- Hidangkan bersama hirisan cili merah dan daun bawang.
3. SUP KELAPA DAGING BAKAR
BAHAN-BAHAN:
- 300gm daging batang pinang
- 1 biji air kelapa
- 1 kiub stok ayam
- 100gm isi kelapa | dihiris nipis
- 2 biji cili padi merah | dihiris nipis
- Daun bawang untuk hiasan
- Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Lumurkan garam pada daging dan bakar pada suhu 150C selama satu jam. Setelah masak, rehatkan daging seketika dan barulah dihiris nipis. Ketepikan seketika.
- Masukkan air kelapa ke dalam periuk dan panaskan. Tambahkan stok ayam dan reneh sehingga sedikit mendidih.
- Seterusnya masukkan daging bakar dan perasakan dengan serbuk lada sulah dan garam dengan secukupnya.
- Setelah mendidih, padamkan api dan taburkan cili dan daun bawang sebelum dihidangkan.
4. SUP EKOR PANGGANG
BAHAN-BAHAN:
- 5 ketul ekor lembu
- 3 ulas bawang putih | diketuk
- 1 biji bawang bombay | dimayang
- 2 kiub stok daging
- 2 liter air
- 3 biji tomato ranum | dibelah empat
- Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Masukkan ekor lembu, bawang putih, bawang Bombay dan air ke dalam periuk. Rebus sehingga empuk.
- Kemudian masukkan stok daging. Reneh menggunakan api perlahan. Tambah air jika perlu.
- Masukkan buah tomato dan perasakan dengan garam serta serbuk lada sulah dengan secukupnya.
- Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
5. SUP MASAM MANIS ALA CINA
BAHAN-BAHAN:
- 5 sudu makan sos cili Thai
- 1 sudu makan cuka
- 750ml air rebusan ayam
- 2 biji telur
- 1 batang lobak merah | didadu kecil
- 10 keping cendawan shintake kering | dihiris nipis
- Garam, gula dan serbuk lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Didihkan air rebusan ayam dan campurkan dengan cuka, sos cili serta cendawan kering. Biarkan sehingga sedikit mendidih.
- Masukkan lobak merah dan biarkan sehingga lobak merah menjadi agak lembut.
- Pecahkan telur dan kacau sehingga bertali.
- Sebelum dihidangkan, perasakan sup dengan garam, gula dan serbuk lada sulah dengan secukupnya.
6. SUP AYAM ALA MAMAK
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam | dipotong dan dibersihkan
- 1 biji bawang besar | dikisar
- 7 biji bawang merah | dikisar
- 5 ulas bawang putih | dikisar
- 1 inci halia | dikisar
- 1 paket rempah 4 sekawan
- 4 sudu makan rempah sup
- 1.5 liter air
- Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
- Sedikit daun sup dan daun bawang | dihiris
- Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan kisar sehingga kekuningan.
- Kemudian masukkan rempah sup dan empat sekawan. Tumis sehingga naik bau.
- Masukkan air dan biarkan mendidih. Masukkan ayam dan rebus menggunakan api perlahan sehingga masak.
- Perasakan dengan serbuk lada dan garam secukupnya.
- Angkat, dan taburkan hirisan daun sup serta daun bawang.
7. SUP CENDAWAN TIRAM
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket cendawan tiram
- 5 ulas bawang putih
- 2 biji cili padi
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 liter air rebusan ayam
- Garam dan serbuk lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan air rebusan ayam, sos tiram berserta bawang putih ke dalam periuk. Reneh sehingga mendidih.
- Kemudian masukkan cendawan. Biar sehingga cendawan menjadi lembut.
- Ubah suai rasa dengan menambah garam dan serbuk lada sulah mengikut cita rasa anda.
- Angkat dan hidangkan segera.
8. SUP KENTANG SAYURAN
BAHAN-BAHAN:
- 5 batang jagung muda | dihiris kecil
- 5 biji cendawan butang segar
- 20gm cendawan tiram
- 1/2 batang lobak merah | dipotong dadu
- 5 biji tomato ceri
- 1/2 batang leek | dihiris nipis
- 2 biji kentang | dipotong dadu
- 1 liter air rebusan ayam
- Garam dan serbuk lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan ubi kentang ke dalam air rebusan ayam. Reneh sehingga mendidih.
- Kemudian masukkan cendawan, leek, lobak merah, jagung muda dan tomato ceri. Masak sehingga semua sayuran keliahatn lembut.
- Ubah suai rasa dengan menambah garam dan serbuk lada sulah mengikut cita rasa anda.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Daging Kicap Paling Senang. Sesuai Untuk Yang Baru Belajar Masak

Tercari-cari resipi Daging Kicap yang mudah dimasak dan enak? Resipi perkongsian saudari Nurrul Ismah Ghazali ini antara yang sangat berbaloi untuk dicuba. Sangat mudah dan bahannya juga tidak banyak. Hanya bahan asas sahaja. Sangat sesuai bagi anda yang baru sahaja nak belajar masak menu ini. Orang bujang, anak dara sunti, abang-abang yang belum pernah masak, sekali tengok resipi pasti yakin nak masak untuk keluarga. Tentunya sangat-sangat berbaloi untuk dicuba. Anak-anak juga pasti suka kerana kepedasannya boleh diubahsuai mengikut selera masing-masing.
CARA MASAK DAGING KICAP PALING MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1kg daging daging – potong nipis
1 sudu makan cuka – beli online disini
10 sudu makan kicap manis – beli online disini
10 sudu makan kicap masin – beli online disini
Minyak masak secukupnya
Bawang besar – hiris
Cili padi
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan daging dan potong nipis. Pastikan lawan urat supaya tidak liat.
2. Masukkan daging ke dalam kuali. Tambahkan cuka. Biarkan air daging keluah dan mereneh namun jangan tambah air.
3. Bila air daging sudah sedikit kering, masukkan kicap manis dan kicap masin. Gaul dan ratakan. Jika kurang rasa, boleh tambah lagi ikut selera.
4. Bila air sudah agak kering dan kicap sudah meresap ke dalam daging, masukkan minyak masak.
5. Masukkan juga hirisan bawang dan juga cili padi.
6. Gaul rata dan masak hingga bawang layu dan sebati bersama daging.
7. Daging Kicap simpla tapi sedap siap untuk dihidang dan dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nurrul Ismah Ghazali
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kari Daging Sedap & Pekat Tanpa Santan Ala Kedai Mamak
Sedap & Mudah. Resipi Pengat Bebola Durian Best Untuk Minum Petang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Hidangan Slow Cooker Enak Dan Mengenyangkan

Sekiranya anda mencari kelainan menu untuk sekeluarga, apa kata anda cuba menu yang berkonsepkan ‘slow cooker’. Walau pun mengambil masa yang lama untuk memasak, namun ia mudah disediakan. Lebih istimewa, ia boleh dihidangkan di dalam keadaan panas di dalam periuk yang digunakan untuk memasak itu. Kali ini Chef Mahathir berkongsi lima jenis resipi yang mudah untuk dicuba bersama keluarga.
SLOW COOKER CHICKEN CHILI
BAHAN-BAHAN :
1 keping isi ayam tanpa kulit | bahagian dada
1 sudu teh minyak sayur
500ml stok ayam
200gm kacang dal hitam | cuci bersih dan tos
200gm tomato | potong dadu kecil
1/2 biji bawang Holland | cincang
1sudu makan serbuk cili
1 ulas bawang putih | cincang
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh paprika
1/2 sudu teh serbuk bawang putih
1/2 serbuk lada hitam
1/2sudu teh mustard
1/2 cawan krim masam
Garam, gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Oleskan periuk dengan minyak sayur.
2.Letakkan isi ayam di bahagian bawah periuk, kacang dal hitam, tomato, bawang Holland, serbuk cili, bawang putih, jintan putih , paprika, serbuk bawang putih, perasa ayam, garam dan serbuk lada hitam.
3.Perlahan-lahan tuangkan stok ayam.
4.Reneh dengan api perlahan sekurang-kurangnya 3-6 jam.
5.Keluarkan dada ayam, dari periuk, cincang atau carik-carikannya.
6.Masukkan semula ke dalam periuk, tambah krim masam dan kacau lagi.
7.Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Hidangan ini enak dipadankan dengan ori canai ataupun capati.
Saiz hidangan: 2 orang
Waktu memasak: 3-6 jam
Jenis masakan: Menu utama
Keistimewaan: Pedas dan berperisa
Cara memasak: Reneh
Anggaran kos: RM8.00
SLOW COOKER BEEF POT ROAST
BAHAN-BAHAN:
Bahan Untuk Panggang Tulang:
1kg tulang lembu
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
1 sudu makan tepung serba guna
Bahan-Bahan Reneh:
2 sudu makan minyak sayur
6 biji cendawan butang | hiris
1 biji bawang besar | cincang
2 ulas bawang putih| cincang
1 sudu makan mentega
1 1/2 sudu makan tepung serba guna
1 sudu besar pes tomato
2 1/2 cawan sup ayam
3 batang lobak merah | potong dadu besar
2 batang saderi |potong
1 tangkai rosemary segar
2 tangkai thyme segar
CARA MEMASAK:
1. Lumurkan garam dan lada sulah pada ke seluruh bahagian tulang lembu.
2. Kemudian taburkan tepung di atasnya sehingga menyaluti keseluruhan tulang. Ketepikan.
2. Panaskan minyak sayur di dalam kuali besar dengan api sederhana. Panggang tulang sehingga keperangan. Ketepikan.
3. Panaskan sedikit mentega dalam periuk, kemudian masukkan cendawan. Tumis lebih kurang 3-4 minit.
4. Masukkan bawang, masak lagi selama lima minit, sehingga bawang lembut dan bertukar warna keperangan.
5. Tambahkan pula bawang putih. Kacau lagi selama satu minit.
5. Bancuh tepung 1 1/2 sudu dengan sedikit air adun bersama pes tomato. Masukkan ke dalam tumisan.
6. Seterusnya masukkan stok ayam, kacau untuk sebatikan bahan. Renehkan dengan api perlahan.
7. Akhir sekali masukkan tulang yang telah dipanggang bersama lobak merah, batang saderi, daun rosemary dan thyme.
8. . Tutup periuk dan biarkan mereneh selama 5-6 jam.
9. Bila sejuk, keluarkan lemak pada permukaan dan keluarkan tulang. Kemudian perasakan dengan garam dan lada sulah secukup rasa.
INFO CHEF: Untuk rasa lebih berperisa anda boleh tambahkan sedikit serbuk cili.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Waktu memasak: 5-6 jam
Jenis masakan: Menu utama
Keistimewaan: Pedas dan berperisa
Cara memasak: Panggang dan reneh:
Anggaran kos: RM20.00
SLOW COOKER BEEF STEW
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | potong kiub
50gm tepung serba guna
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 ulas bawang putih | cincang
1 helai daun bay
1 sudu teh paprika
1 sudu teh sos Worcestershire
1 biji bawang besar | cincang
400ml stok daging
3 biji kentang | buang kulit dan potong dadu
2 batang lobak | potong dadu
1 batang saderi |hiris serong
CARA MEMASAK:
1.Masukkan tepung di dalam mangkuk kecil bersama garam dan serbuk lada sulah. Kemudian gaulkan dengan hirisan daging.
2.Renehkan di dalam periuk sehingga daging empuk.
3.Kemudian masukkan bawang putih, daun bay, paprika, sos Worcestershire, bawang besar, stok daging , kentang, lobak merah dan saderi.
4.Tutup periuk dan renehkan selama 5-6 jam.
INFO CHEF: Stew daging lebih sedap jika lebih lama. Enak dimakan bersama roti.
Saiz hidangan: 8 orang
Waktu memasak: 5-6 jam
Jenis masakan: Menu utama
Keistimewaan: Daging lembut dan berperisa
Cara memasak: Reneh:
Anggaran kos: RM26.00
SLOW COOKER CHICKEN POT PIE STEW
BAHAN-BAHAN:
1 kg isi ayam bahagian dada | potong dadu
6 biji kentang | belah 4
150 gm lobak merah kecil
2 batang saderi | cincang
50gm krim ayam
300ml stok ayam
2 sudu teh garam saderi
2 sudu teh garam bawang putih
1 sudu makan lada hitam
50gm sayur campur
CARA MEMASAK:
1.Campurkan ayam, kentang. Lobak merah, krim ayam, air stok ayam, garam bawang putih, garam saderi dan lada hitam dalam periuk.
2. Renehkan atas api perlahan sehingga lima jam.
3. Kemudian masukkan sayur campur dan renehkan lagi sehingga sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Hidangan ini mudah dan sesuai untuk hidangan kanak-kanak.
Saiz hidangan: 5 orang
Waktu memasak: 5 jam
Jenis masakan: Menu utama
Keistimewaan: Tidak pedas
Cara memasak: Reneh:
Anggaran kos: RM10.00
SLOW COOKER THAI PEANUT CHICKEN
BAHAN-BAHAN:
2 biji cili merah | cincang
4 keping isi ayam tanpa tulang
1/2 cawan sos teriyaki
1/4 cawan mentega kacang berkrim
2 sudu teh cuka
1 sudu teh kepingan lada merah |dihancurkan
2 ulas bawang putih |cincang
1/2 cawan hirisan bawang merah| cincang
1/4 cawan kacang tanah | cincang
1 batang lobak merah | potong baji
CARA MEMASAK:
1.Masukkan ayam dalam periuk, letakkan hirisan cili di atasnya. Tuangkan sos teriyaki, cuka, hirisan cili merah.
2.Tutup periuk dan renehkan hingga daging ayam empuk.
3.Kemudian masukkan mentega kacang dalam periuk, kacau hingga sebati, kemudian masukkan semula ayam dalam periuk dan masak lagi 10 minit.
4.Tuangkan dalam mangkuk hidang taburkan dengan daun bawang dan kacang tanah yang telah dikisar kasar sebagai hiasan.
5.Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Hidangan ini sesuai dihidangkan dengan nasi.
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 5 jam
Jenis masakan: Menu utama
Keistimewaan: Pedas dan terasa lemak kacang
Cara memasak: Reneh
Anggaran kos: RM12.00
Kredit resipi : Chef Mahathir
MENCARI PEMANGGANG ELEKTRIK KLIK DI SINI.
BOLEH LIHAT RESIPI LAIN:
Ini Resipi Masak 1 Kilogram Daging Salai Style Asli Negeri Sembilan