Cara-Cara Masak Serunding Untuk Ibu Berpantang.

Share

Bagi anda yang sedang atau bakal menjalani tempoh berpantang, menu Serunding Berpantang perkongsian saudari Cik Pooja ni antara yang boleh dicuba. Mudah, sedap dan boleh tahan lama jika betul cara pembuatannya. Malah bagi anda yang tidak berpantang pun boleh makan hidangan ni. Jom cuba.

 

CARA MASAK SERUNDING BERPANTANG

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 kg ikan bilis – dibersihkan dan dibelah 2
  • 5 biji bawang besar – dimayang
  • 5 labu bawang putih – dihiris
  • 2 sudu makan lada hitam
  • 4 inci halia – dihiris

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dengan banyak dan goreng bahan-bahan tadi hingga kekuningan dan garing. Goreng satu persatu bermula dengan supaya senang garing. Lada hitam juga digoreng. Jika suka, boleh juga disangai.

2. Angkat dan letak diatas 3-4 helai tisu supaya lebihan minyak dapat diserap.

3. Hasil bahan-bahan yang sudah siap digoreng.

4. Bila dah siap goreng, biarkan semua bahan sejuk terlebih dahulu.

5. Dengan menggunakan pengisar kering, kisar bahan goreng satu persatu. Kemudian barulah dicampur dan digaul rata. Jika tiada pengisar, boleh juga tumbuk. Halus serunding ikut citarasa.

6. Simpan serunding dalam bekas kedap udara dan tidak perlu simpan dalam peti sejuk. Sedia untuk dinikmati.

7. Serunidng Berpantang yang sedia untuk dinikmati. Boleh tahan berbulan-bulan jika buat betul-betul kering.

 

Kredit resipi & foto: Cik Pooja

IKLAN