Cara-Cara Masak Roti John Mini Secara Homemade. Lebih Jimat & Puas Makan!

Share

Roti John merupakan hidangan ringan yang menjadi kegemaran lebih-lebih lagi di bulan puasa. Bagi anda yang ingin cuba masak Roti John secara homemade, boleh cuba resipi ni. Mudah & memang terbaik!

 

ROTI JOHN HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • Roti sosej secukupnya
  • Bawang merah ( anggaran 1-2 biji) – potong dadu
  • 1 ulas bawang putih – potong dadu
  • Rempah kari ( anggaran 1 sudu makan) – campur air
  • Daging cincang secukupnya
  • 1-2 batang sosej – dipotong
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • Telur
  • Daun bawang & daun sup secukupnya – dihiris
  • Sedikit mentega/marjerin

 

CARA MEMASAK:

1. Untuk menyediakan inti, tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Kemudian masukkan rempah kari yang sudah dibancuh dengan sedikit air. Tumis hingga rempah masak. Seterusnya masukkan daging cincang. Gaul hingga masak. 

Masukkan sosej diikuti garam serta lada sulah. Angkat.

2. Dalam bekas berlainan, pecahkan telur dan masukkan hirisan bawang dan daun sup. Pukul hingga sebati.

3. Untuk memasak Roti John, satukan bancuhan telur tadi bersama inti yang telah siap dimasak. Ketepikan.

4. Ambil roti dan belah tengah. Jangan sampai putus. Sapu marjerin kemudian tekap seketika atas kuali.

5. Dalam kuali yang sama, cairkan mentega / marjerin kemudian tuangkan inti.

6. Tekapkan roti diatasnya.

7. Bila inti dah masak, terbalikkan.

8. Paipkan sos cili, mayones dan letak sayur mengikut citarasa masing-masing.

9. Akhir sekali lipat roti, potong dan sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Chinta Eyja

IKLAN