Cara-Cara Masak Nasi Tomato Sedap Hanya Dalam Masa 7 Minit.

Share

Anda ada periuk Noxxa tapi jarang guna? Meh cuba masak Nasi Tomato. 7 minit je dah siap masak. Sesuai sangatlah buat masa rumah terbuka nanti. Memang memudahkan kerja serta sangat cepat.

 

NASI TOMATO NOXXA

BAHAN-BAHAN:

  • 9 pot beras basmathi – dibersihkan
  • 1 sudu makan minyak sapi
  • 1 sudu makan planta
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 9.5-10 pot air
  • Susu pekat manis ( 1 sudu makan = 1 pot beras)
  • 2 sudu makan garam
  • Puri tomato ( 1 sudu makan = 1 pot beras)

 

BAHAN TUMIS:

  • 4 sekawan ( cengkih, pelaga, kayi manis dan bunga lawang)
  • 3 helai daun pandan – simpulkan
  • 2 helai daun salam/bay leaves
  • 5-6 biji bawang merah besar – hiris
  • 5cm halia – hiris
  • 4-5 ulas bawang putih – hiris

CARA MEMASAK:

  1. Tekan mode ‘Stir Fry’. Masukkan minyak sapi, planta dan minyak masak.
  2. Tumis 4 sekawan, daun pandan, daun bay, hiirsan bawang merah, halia dan bawang putih.
  3. Bila dah naik bau, masukkan beras yang telah dibersihkan dan air. Matikan mode ‘Stir Fry’.
  4. Seterusnya masukkan susu pekat manis, garam dan puri tomato. Kacau seketika.
  5. Tutup periuk tekanan dan tekan mode ‘Low Pressure’ 7 minit. Biarkan hingga nasi masak.
  6. Bila periuk berbunyi bib, jangan lepaskan wap. Matikan suis dan biarkan lubang kecil wap terbuka sendiri.
  7. Bila dah terbuka, buka tutup periuk dan gemburkan sedikit nasi tadi. Siap untuk dinikmati bersama dalca dan ayam masak merah.

Kredit resipi & foto: Ummu Fiah

IKLAN