Cara-Cara Masak Bancuhan Sirap Sedap Resipi Warisan Mak Su.

Share

Sirap; banyak kenangan dan nostalgia disebalik minuman ini. Waktu kecil dulu, inilah minuman paling sedap yang kita boleh minum sama ada di rumah atau di majlis kenduri. Jika di bulan puasa, memang inilah air berbuka yang paling dituggu-tunggu. Teringin nak rasa air sirap macam yang selalu minum zaman kanak-kanak dulu? Resipi perkongsian saudari Azizah Zainudin

mungkin boleh imbau kembali nostalgia lalu. Jom cuba!

Satu lagi resepi yang saya pelajari ketika berada di kampung Pulau Pinang. Kali ini belajar dengan mak su. Air sirap ini adalah air wajib ada dalam peti ais. Kalau sampai di kampung, air inilah yang akan dicari terlebih dahulu. Air sirap ini tidak pernah berubah rasa sejak pertama kali saya minum pada tahun 2006 hingga kini. Air sirap je pun! Tapi ni sirap bukan sebarang sirap tau, rasanya bukan main sedap lagi. Boleh terbawa-bawa sampai mimpi. Hihihi. Semoga manfaat resepi ini akan mengalirkan pahala berterusan buat mak su.

 

RESIPI BANCUHAN SIRAP SEDAP

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg gula pasir
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar buah pelaga
  • 2 Helai daun pandan
  • 2 Sudu sirap
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Satukan air, gula dan daun pandan ke dalam periuk.Kemudian masukkan jintan manis.


2. Seterusnya masukkan buah pelaga.


3. Tambahkan sirap. Masak hingga pekat. Kepekatan bergantung pada citarasa masing-masing. Lagi lama dimasak,lebih bagus.


4. Campuran jintan manis dan buah pelaga akan membangkitkan aroma dan rasa air sirap yang sedap. Ditambah pula dengan wangian daun pandan.
5. Selepas bancuhan sirap siap dimasak, biarkan sejuk sebelum ditapis dan disimpan dalam bekas bersesuaian.
6. Untuk menikmatinya, hanya ambil jumlah tertentu dan bancuh dengan air. Selamat mencuba!

 

Kredit resipi & foto: Azizah Zainudin

IKLAN