Cara-Cara Masak Ayam Paprik Sedap Macam Makan Dekat Warung Thailand.

Share

Terasa nak makan lauk Paprik Ayam sedap dan mudah masak? Resipi perkongsian saudari Maslinda Kamaruddin memang kena cuba. Sangat senang dan bahan-bahan pun yang mudah didapati. Jom cuba! Pasti berselera makan nasi hari ni. 

 

AYAM PAPRIK MARVELLOUS

BAHAN-BAHAN:

  • 2 keping dada ayam -dihiris nipis
  • 4 biji cili padi -dihiris
  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 ulas bawang merah – dihiris
  • 1 bawang besar -dihiris memanjang
  • 2 ulas bawang putih -dihiris
  • 1 biji cili merah -dihiris serong
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1/2 inci halia -dihiris halus
  • 1/2 cawan air
  • Sedikit garam
  • Sedikit kicap manis

BAHAN-BAHAN SAYUR

  • 2 biji putik jagung -dihiris
  • 2 tangkai kacang panjang -dihiris pendek
  • Sedikit bunga kobis -dipotong kecil
  • 1/2 batang lobak merah – dihiris memanjang
  • Sebatang serai yang diketuk

 

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak di dalam kuali, goreng hirisan ayam hingga warnanya bertukar menjadi keputihan. Angkat dan toskan.

2. Sisakan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang merah, halia dan bawang putih hingga harum. Kemudian, masukkan cili kisar dan tumis kembali hingga pecah minyak.

3. Masukkan sedikit kicap manis, sos cili, sos tiram dan sos tomato, kemudian kacau rata.

4. Masukkan ayam yang digoreng tadi dan gaul rata. Masukkan juga cili padi, cili merah, serai, air dan daun limau purut. Gaul sebati.

5. Masukkan sedikit garam secukup rasa dan kacau rata.

6. Kemudian masukkan sayur-sayuran yang dihiris tadi ke dalam kuali serta bawang besar. Masak sehingga sayur agak empuk.

7. Akhir sekali, bila dah masak. Angkat dan hidangkan bersama-sama nasi panas.

Info: Boleh tukar atau tambah dengan sotong, udang, lala , daging dan sebagainya.


Kredit resipi & foto: Maslinda Kamaruddin

IKLAN