
Bila tonton rancangan masakan luar negara, biasanya mayones yang dihasilkan mengandungi sebatian telur mentah dan minyak serta tidak dimasak. Ada sesetengah dari kita tak suka rasa yang macam tu. Macam makan telur mentah pula rasanya. Jadi, anda boleh cuba resipi perkongsian FB Assalamualaikum Hai Saya Reen ni. Mayones ni perlu dimasak terlebih dahulu. Rasanya pun sama macam yang dibeli. Anda pun pasti seronok nak mencubanya.
MAYONES HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:
- 2 biji telur saiz sederhana
- 1 1/2 sudu besar gula
- 2 sudu besar cuka makan (bole tukar dengan jus lemon)
- 1 sudu kecil garam
- 1 cawan minyak masak – nak guna minyak zaitun pon boleh
CARA MEMBUAT:
- Satukan semua bahan dan kisar hingga menjadi putih.
- Panaskan kuali menggunakan api paling kecil dan masukkan bahan kisar tadi.
- Masak seketika dan gaul sentiasa hingga adunan menjadi pekat dan kelihatan berketul-ketul. Pastikan api perlahan supaya mayones tidak hangit.
- Padamkan api dan masukkan kembali bahan tadi ke dalam pengisar.
- Kisar sekali lagi hingga adunan menjadi benar-benar halus.
- Boleh masukkan mayones ke dalam bekas bersesuaian dan simpan dalam peti sejuk.
- Selamat mencuba!

Kredit resipi & foto: Assalammualaikum Hai Saya Reen
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Nak Buat Telur Bungkus Yang Senang Tapi Sedap

Telur bungkus ni bolehlah dikatakan sebagai lauk yang cukup segalanya. Ada ayam, ada telur dan ada sayur. Lengkap. Kalau nak cepat masak dan lauk tersedia di atas meja sesegera mungkin, hidanglah telur bungkus.
TELUR BUNGKUS

Bahan-bahan
• Minyak masak untuk menumis
• 1/2 biji bawang holland (dicencang halus)
• 2 keping isi ayam dipotong kecil
• 1 biji tomato (dibuang biji dan didadu kecil)
• 1/2 batang daun saderi didadu kecil
• 1 biji cili merah
• 1/2 peket sayur campur (carrot, jagung, kacang pis)
• 2 sudu sos cili
• 2 sudu sos tomato
• 1 sudu sos tiram
• Secubit garam (jika perlu)
• Sedikit hirisan daun sup atau daun ketumbar
• 2 biji telur ayam
Cara membuatnya
1. Panaskan minyak dan tumis bawang holland sehingga sedikit layu.
2. Masukkan hirisan dada ayam dan kacau seketika biarkan sehingga isi ayam masa.
3. Masukkan hirisan tomato, batang saderi, cili merah dan sayur campur. Kacau rata.
4. Perasakan dengan sos cili, sos tomato dan sos tiram dan kacau lagi.
5. Taburkan secubit garam jika perlu.
6. Sebelum diangkat bolehlah ditaburkan daun sup atau daun ketumbar.
7. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan seratakan keliling kuali.
8. Pukul telur ayam dan goreng dalam kuali dengan kaedah melenggangkan kuali sehingga telur sekata.
9. Letakkan inti di tengah-tengah dan bungkuskan telur tersebut.
10. Biarkan telur garing seketika dan bolehlah di terbalikkan ke dalam pinggan.
Resipi Oleh Asyraf Sa Kitchen dari Telegram KakiMakan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Menu Sahur Telur Dadar Kentang Cheese. Satu Keluarga Makan Berselera, Memang Sedap!



Menu yang mengenyangkan dari telur dan kentang. Serta penuh rasa krim dari keju.
TELUR KENTANG CHEESE
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji kentang (dadu halus)
- 1 biji bawang besar (potong kasar)
- 3 keping daging burger (Boleh gunakan chicken atau meat ham. Hancurkan & goreng sebentar)
- 5 keping cheese
- 5 biji telur
- Sedikit garam & lada
CARA MEMASAK:
- Goreng kentang dan bawang dengan sedikit minyak. Goreng sampai kentang lembut dan lenyek-lenyek sampai tekstur kentang jadi macam mash potato. Tidak perlu halus sangat biar kasar-kasar sedikit.
- Dalam bekas yang lain pukul telur dengan garam dan sedikit lada.
- Masukkan kentang yang dilenyek tadi. Gaul sekata.
- Panaskan non stick pan dangan sedikit minyak. Masukkan separuh adunan dan susun cheese kat atas. Gunakan cheesedale dan mozarella.
- Taburkan kepingan daging burger hancur yang digoreng sebentar. Letak lagi selapis lapisan cheese.
- Kemudian masukkan lebihan adunan tadi untuk tutup bahagian atas.
- Tunggu 5 minit balikkan adunan tadi. Agak-agak dalam 7 minit sudah masak boleh angkat.

KREDIT GAMBAR & MASAKAN: Aida Ismail
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
6 Idea Telur Dadar Paling Simple. Campak Apa Ada, Tetap Sedap!

Tak sah kalau tiada hidangan telur ketika makan. Selain Telur Dadar biasa, ada pelbagai lagi olahan telur yang boleh menjadi sajian yang cukup lazat. Menu yang cepat dimasak dan sedap dimakan. Kos pun murah, tak perlu duduk dapur lama-lama. Jom cuba aneka resipi ini.
1. TELUR GULUNG

Bahan-bahan:
- 4 biji telur (nak guna 2@3 biji pun boleh)
- 2 biji cili besar merah *
- Sedikit daun bawang *
- Sedikit daun sup *
- Lobak merah *
- Serbuk perasa
- Garam
Cara Memasak:
- Cincang halus atau potong dadu bahan-bahan bertanda *.
- Masukkan telur, serbuk perasa dan garam. Kacau hingga sebati dan boleh masak.
- Bila dah siap, boleh potong ikut suka. Siap dan boleh dimakan.
- Jom cuba, anak-anak mesti suka.
Kredit resipi: Faizah Rosdi
2. TELUR BISTIK

Bahan-bahan:
- 3 biji telur
- Ayam/daging – potong dadu
- 1/2 biji bawang merah besar – hiris
- 1 biji bawang merah kecil – cincang halus
- 2 biji bawang putih – cincang halus
- 3 sudu besar sos tomato
- 3 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tiram
- Sayur campuran (@ lobak merah dan kacang panjang – potong dadu)
- Gula dan garam secukupnya
Cara Memasak:
- Pukul telur bersama bawang yang dihiris dan sedikit isi ayam (tinggalkan sedikit ayam untuk masak kuah).
- Tambahkan sedikit garam.
- Goreng telur sehingga garing. Angkat dan letak di dalam pinggan besar.
- Tumiskan bawang merah kecil dan bawang putih yang dicincang halus sehingga naik bau.
- Masukkan isi ayam. Gaul sebentar sehingga ayam separuh masak.
- Masukkan pula kesemua sos. Tambah sedikit air kalau nak lebih kuah.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Masukkan sayur campuran. Kacau sebentar. Sayur jangan terlalu layu.
- Setelah kuah masak, tuangkan kuah ke atas telur yang di goreng tadi.
- Siap dah.. Hidangkan semasa panas. Dah tak perlu lauk lain lagi dah.
Kredit resipi: Azlan Rumadi
3. TELUR DADAR DAGING GULUNG

Bahan-bahan:
- 4 biji telur
- 1/2 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh lada putih
- 50ml santan
- 1 batang daun bawang | dihiris halus
- 50gm daging kisar
- 50gm sayur buncis | dihiris halus
- 1 biji cili merah |buang biji dan dicincang kasar
- Garam secukup rasa
- Minyak
Cara Masak Isi Telur Dadar:
- Panaskan minyak di atas api sederhana dan tumis 1 batang daun bawang, 50 gram buncis, 1 batang cili merah, 1/4 sudu teh serbuk lada putih, 50 gram daging kisar dan 1/4 sudu teh garam sampai berubah warna.
- Kemudian diangkat dan ketepikan.
Cara Masak Kulit Telur Dadar Gulung:
- Pukul 4 biji telur lalu tambahkan 1/2 sudu teh garam, 1/4 sudu teh serbuk lada putih, dan 50 ml santan sampai sebati.
- Kemudian Panaskan 1/2 sendok teh minyak goreng di atas api sederhana. lalu tuang sedikit-demi sedikit adunan telur sampai setengah masak dan taburi dengan isian yang tadi, letakkan secukupnya lalu gulungkan.
- Diamkan beberapa saat sampai kulit dadar telur masak dengan sempurna
- Dadar gulung telur siap di sajikan
- Di anggarkan 5 buah dadar gulung
Kredit resipi: giladonut
4. MUFFIN TELUR

BAHAN-BAHAN:
- 4 biji telur
- 1 biji cili merah dihiris nipis,, nak cincang pun boleh
- 1 labu bawang besar.. (nak campur letak bawang merah pun boleh, tambah wangi)
- 1 biji tomato yang dipotong dadu
- Jika suka boleh masukkan ayam kisar/sosej/daging cincang/kentang/lobak merah
- 1/2 cawan keju cheddar
- Acuan muffin
- Sedikit garam dan lada sulah
CARA MEMASAK:
- Oleskan acuan muffin dengan butter
- Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam loyang
- Pukul 4 biji telur tadi bersama sedikit garam dan lada sulah.
- Sementara itu panaskan oven 200 darjah celsius dan tuangkan adunan telur tadi ke dalam acuan muffin, taburkan cheese sebagai topping.
- Bakar di dalam oven sehingga keperangan.
Siap… mudah dan ringkas!
Sumber: https://pinkbubblegumprincess.blogspot.co.id/…/bergambar-re…
5. TELUR HONG KONG

Bahan-bahan:
- 6 biji telur ayam
- 4 biji telur padi @ century egg
- 4 biji telur masin
- 4-5 tangkai daun sup (dipotong kecil)
- 4-5 tangkai daun bawang (dipotong kecil)
- 1 biji cili merah besar (dicincang halus)
Cara Memasak:
- Rebus telur masin dan potong kecil.
- Telur padi dipotong kecil.
- Kacau telur ayam dan masukkan daun sup, daun bawang, dan cili merah besar.
- Susun separuh daripada telur masin dan telur padi ke dalam acuan. Separuh lagi diletak ke dalam adunan telur ayam tadi.
- Gaul rata adunan telur ayam. Jangan terlampau kasar, takut tekstur telur masin dan telur padi rosak.
- Tuang adunan telur ayam ke dalam acuan yang telah disusun telur padi dan telur masin tadi. Kemaskan adunan.
- Kukuskan adunan tersebut lebih kurang 30-40 minit.
- Siap dihidang.
Source: http://luarteko.blogspot.co.id/…/resepi-telur-hongkong-muda…
6. TELUR DADAR CENDAWAN & SALMON

Bahan-bahan:
- 1 cawan isi ikan salmon – baki dari berbuka puasa
- 3 biji telur
- 6 cendawan tiram – saiz besar
- 5 kacang buncis
- 1 ulas bawang putih
- 1 biji bawang merah
- Sedikit hirisan daun bawang
- Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
- Sedikit parutan keju cheedar dan parmesan – ½ cawan
Cara Memasak:
- Racik halus bawang merah dan bawang putih, siat cendawan serta potong nipis-nipis kacang buncis. Grill ikan salmon. Pecahkan telur dalam mangkuk dan masukkan garam serta serbuk lada hitam secukup rasa bersama hirisan daun bawang .
- Panaskan butter atau minyak sayur secukupnya dalam frying pan. Masukkan semua bawang dan goreng sampai wangi dan layu kemudian masukkan isi ikan salmon bersama cendawan dan kacang buncis kacaus ampai sayur masak .
- Masukkan semua telur dadar dan tutup frying pan, gunakan api dapur saiz kecil atau sederhana.
- Bila dah nak masak boleh ditabur keju parmesan dan cheedar, tutup semula frying pan.
- Buka tutup tudung dan terbalik kan telur dadar ni supaya sebelah lagi telur dadar masak .
- Bila dah masak boleh la ditutup api dapur dan dihidangkan.
Sumber: http://resepinannie.blogspot.com/…/telur-dadar-cendawan-n-s…
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kuah Mi Rebus Johor Jadi Lebih Sedap, Ikut Cara Ni Pasti Enak
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

