Cara-Cara Buat Udang Kering Secara Homemade. Dijamin Bersih & Diyakini Halal.

Share

Udang kering adalah antara rencah yang biasa digunakan dalam masakan terutamanya seperti Mi Bandung, nasi goreng, lauk pauk bersambal dan banyak lagi. Jika dibeli, harganya boleh tahan mahal. Jadi lebih baiklah anda cuba hasilkan sendiri di rumah. Bila nak guna, rasa lebih yakin tentang kebersihan dan halalnya.

Menerusi perkongsian di facebook

oleh saudari Suhaila Ishak, beliau menunjukkan cara-cara menghasilkan udang kering secara homemade. Mudah je rupanya. Boleh sangat kalau nak cuba. Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah:

 

UDANG KERING HOMEMADE

 

BAHAN-BAHAN:

  • Udang laut berkulit keras
  • Garam
  • Sedikit air

 

CARA MEMBUAT:

1. Rebus udang dengan sedikit air bercampur garam. Masak sampai kering air. Ia bertujuan untuk kekalkan manis udang tu.

2. Lepas rebus, udang tadi boleh dijemur untuk keringkannya. Jika cuaca panas, sehari pun dah kering.

3. Jika susah nak jemur panas, boleh masukkan dalam ketuhar. Guna suhu 150C, bakar sampai kering. Anggaran masa dalam 20 minit.

4. Bila udang tadi dah betul-betul kering, masukkan dalam plastik. Ramas-ramas untuk asingkan isi dengan kulit.  

5. Inilah hasilnya. Makan macam tu sahaja pun sedap.

6. Simpan udang dalam balang kedap udara dan boleh digunakan pada bila-bila masa.

Kredit resipi & foto: Suhaila Ishak

IKLAN