Cara-Cara Buat Stok Bawang Goreng Rangup Yang Tahan Lama. Sedap & Memang Mudah!

Share

Bawang goreng memang enak diletak dalam pelbagai hidangan masakan. Jika buat sendiri secara homemade, rasanya memang lebih sedap berbanding bawang goreng yang dibeli. Cuma kadang-kala, kita tak tahu cara betul untuk pastikan bawang goreng ni kekal rangup dalam tempoh masa yang lama. Jom cuba cara ni. Boleh buat stok untuk puasa.

 

DIY BAWANG GORENG HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 5 paket bawang merah rose
  • 2 labu bawang putih
  • 1 sudu makan garam
  • Minyak untuk menggoreng secukupnya

 

CARA MEMASAK:

1. Rendam bawang rose dan bawang putih dalam air selama 1/2 jam. Kemudian toskan bawang dan kupas kulit.

2. Basuh bawang tadi hingga bersih dan keringkan. Boleh letak atas tuala bersih supaya betul-betul kering.

3. Hiris bawang nipis-nipis kemudian gaulkan dengan garam. Gaul sebati.

4. Panaskan minyak masak dengan secukupnya. Bila dah betul-betul panas, sederhanakan api dan masukkan bawang. Kacau selama 4 minit.

5. Kemudian kuatkan api selama 60 saat. Pada waktu ni, pastikan bawang sentiasa dikacau. Kemudian kecilkan api. Teruskan mengacau bawang sehingga masak sekata.

6. Angkat bawang goreng dan toskan minyaknya. Letak dalam bekas dan biarkan sejuk sepenuhnya sebelum ditutup.

7. Untuk kekal rangup, letak bawang goreng dalam bekas dedap udara dan simpan dalam peti sejuk. Hasilnya bawang goreng memang tahan lama.

 

 

Kredit resipi & foto: Parmiati Binti Suyudi

IKLAN