Cara-Cara Buat Sos Cili Thai Homemade. Jimat & Rasa Sama Macam Yang Dibeli.

Share

Makanan bergoreng seperti cucur, keropok, ayam goreng dan sebagainya, memang sedap jika dinikmati bersama sos. Bagi anda yang ada anak-anak yang’hantu’ sos, bolehlah cuba buat sendiri secara homemade. Maklumlah, bayangkan kalau sebotol sos tu tahan 2-3 hari je. Jenuh juga nak beli kan? Jadi buat sendiri lebih jimat. Selamat mencuba!

SOS CILI THAI HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 6-7 ulas bawang puteh *
  • 5-6 biji cili merah @ cili besar – buang biji dan potong*
  • 5-8 biji cili padi merah*
  • 1/3 cawan air
  • 3/4 cawan cuka
  • 1 cawan gula – nak kurangkan pun boleh
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan 1/4 cawan air)

CARA MEMASAK:

  1. Satukan bahan bertanda (*). Kisar hingga separuh hancur.
  2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk.
  3. Kemudian masukkan gula, cuka bersama garam. Masak hingga mendidih. Cuba dan pastikan rasanya seimbang ( manis, masam & masin).
  4. Tambahkan bancuhan air tepung jagung tadi ke dalam sos. Masak hingga pekat dan berkilat. Padamkan api.
  5. Sejukkan sos sebelum dimasukkan ke dalam bekas kering dan bertutup rapat.

Kredit resipi & foto: Hafizah Fiza

IKLAN