Cara-Cara Buat Sos Cheesy Wedges Homemade.

Share

Jom belajar buat sos Cheesy Wedges homemade! Anak-anak anda pasti ada yang suka makan kentang goreng yang ada sos berkeju ni kan? Kalau ke restoran ayam goreng tu, mesti wajib beli. Menerusi perkongsian saudara Are Peace

, beliau tunjukkan cara-cara membuat sos cheesy wedges yang boleh masak secara homemade. Memang mudah & lebih jimat. Kalau cicah dengan makanan bergoreng
yang lain pun sedap. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

RESIPI SOS CHEESY WEDGES HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu makan tepung gandum – bancuh dengan sedikit air
  • 1 kiub pati ayam – boleh juga guna 1/2 kiub sahaja
  • 4 sudu makan mentega
  • 6 keping keju cheddar
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • Sedikit pewarna kuning

CARA MEMASAK:

  1. Cairkan mentega dan masukkan semua bahan-bahan diatas kecuali bancuhan tepung gandum.
  2. Kacau dengan api sederhana sampai semua bahan larut dan sebati.
  3. Masukkan bancuhan tepung gandum. Kacau hingga pekat.
  4. Siap dan masukkan ke dalam bekas. Simpan dalam peti sejuk dan boleh tahan hingga 1 minggu.

Kredit resipi & foto: Are Peace

IKLAN