Cara-Cara Buat Solok Lada Paling Sedap Untuk Buka Puasa.

Share

Solok lada kelihatan renyah untuk dibuat namun ia tidak sesukar yang disangka. Malah ada pelbagai versi solok lada yang boleh dicuba. Hidangan ini  adalah salah satu dari menu popular di Kelantan dan biasa dilihat di gerai-gerai menjaul makanna dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Nak cuba menu ni untuk buka puasa nanti? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

SOLOK LADA

BAHAN-BAHAN:

  • 20 biji cili/lada hijau
  • 7 ekor ikan selayang/sardin
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 biji bawang merah besar
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar kelapa goreng( optional )
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar gula
  • 5 sudu besar santan pekat
  • RM2 kelapa putih

 

CARA MEMASAK:

1.  Rebus ikan terlebih dahulu. Setelah masak, toskan dan biar sejuk. Ambil isi sahaja. Tumbuk isi iakn tadi hingga lumat. Ketepikan.

2.  Kemudian, belah tengah cili dan buang biji. Basuh bersih dan toskan.

3.  Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia sampai hancur. Masukkan dalam bekas lain.

4.  Seterusnya tumbuk kelapa sedikit hancur dan tumbuk isi ikan tadi. Campurkan semua bahan termasuk garam dan gula ke dalam bekas dan boleh gaul sebati.

5.  Rasa isi solok sebelum disumbat ke dalam cili. Biar ada manis sedikit baru sedap. Jangan masin tau. Isi inti solok ke dalam cili penuh-penuh.

6.  Solok boleh dimasak menggunakan dua cara iaitu secara kukus atau rebus. Jika mahu kukus, susun solok di dalam bekas kukusan dan jika mahu rebus, susun di dalam periuk. Anggaran masa memasak ialah 10-15 minit ( kukus) dan 5-10 minit ( rebus).

7.  Sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto : Noor Syazwanie Aziz

IKLAN