Sedapnya popia. Ia merupakan idea sajian mudah dan sedap yang anda boleh hasilkan guna lebihan roti sandwic atau roti sosej. Makan panas-panas memang terbaik. Pasti licin! Jika tak habis, boleh juga disejukbekukan dan nikmati pada bila-bila masa. Boleh juga dijadikan bekal untuk suami ke tempat kerja. Menarik kan? Jadi jom cuba resipi perkongsian saudari Nor Izan Mustapa ni.
POPIA ROTI
Ads
BAHAN-BAHAN:
300gm isi ayam/daging – cincang
1 biji bawang besar saiz sedang – hiris
2 ulas bawang putih – ketuk dan hiris
1 biji cili merah – hiris
Daun sup dan daun bawang – hiris
Serbuk lada sulah/lada hitam/garam secukupnya
Roti sandwic / bun sosej
2-3 sudu makan sos cili
1 sudu makan mayones
Kulit popia secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai naik bau. 2. Kemudian masukkan isi ayam, serbuk lada sulah, lada hitam, garam dan kacau smpai ayam separuh masak. 3. Masuk cili merah, daun sup dan daun bawang. Kacau lagi sampai ayam masak. Toskan inti untuk buang lebihan minyak. 4. Biarkan inti sejuk terlebih dahulu sebelum dicampur dengan sos cili dan mayones. Kacau sebati. 5. Sapu roti dengan marjerin dan letak inti ayam tadi secukupnya. Lipat.
6. Kemudian potong 2 roti tadi sebelum dibalut dengan kulit popia.
Ads
7. Goreng hingga kulit popia keperengan. Angkat dan toskan minyak.
8. Jika mahu lebih sedap, boleh tambah keju atau lobak merah dadu ke dalam inti.
Ayam Popcorn rangup memang menjadi kegemaran anak-anak. Senang nak disediakan anak-anak pun puas makan kalau buat sendiri.
Mak ayah pun boleh tumpang sekali, makan panas-panas dengan cili sos dan mayonis sangatlah sedap.
Isi ayam yang dipotong kecil dan digoreng ranggup dengan bahan perapan yang istimewa. Saiz yang kecil seakan popcorn membuatkan ia senang dikunyah terutama kanak-kanak.
Boleh juga buat banyak-banyak dan bekukan. Simpan stok dalam peti sejuk anak-anak nak makan boleh goreng dalam air fryer.
AYAM POPCORN
BAHAN-BAHAN:
7 Ketul isi ayam (potong dadu)
BAHAN-BAHAN 1:
* 6 ulas bawang putih
* 2 batang serai
* 1 sudu kecil lada hitam
* halia seinci
BAHAN-BAHAN 2
4 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk kari daging
BAHAN-BAHAN 3:
2 biji telur
BAHAN-BAHAN 4:
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 sudu teh soda bikarbonat
Garam secubit
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan ayam yang sudah dipotong dadu bersama garam dan kunyit.
2. Kisar bahan bertanda * dengan sedikit air. Tuangkn bahan kisar ke dalam ayam tadi. Masukkan bersama bahan ke 2 gaul sebati. Perapkn sejam @ lebih.
3. Pecahkan telur dalam bekas asing.
4. Satukan bahan 4 dan gaul sebati
5. Celup isi ayam satu ke dalam telur kemudian celup ke dalam tepung. Terus masukkan ke dalam minyak panas satu persatu. Buka api perlahan goreng sehingga masak dan tos.
Kredit: norhayu hanafi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Kuah Yong Tau foo Homemade, Sedap Macam Kat Kedai. Memang menjadi. Beli bahan untuk direbus atau dicelur sahaja, boleh makan seisi keluarga. Sesuai buat minum petang atau pun makan malam.
YONG TAU FOO
Untuk resipi kali ini terdapat dua jenis kuah yong tau foo iaitu kuah hitam dan kuah merah. Bila hendak makan hanya perlu campurkan kedua-dua kuah ini mengikut citarasa anda.
BAHAN KUAH HITAM:
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar taucu
2 sudu besar sos masam manis
3 sudu besar kicap pekat manis
3 sudu besar sos tiram
4-5 sudu besar gula melaka/gula perang
3 1/2 cawan air
CARA MEMASAK:
Masukan semua bahan dalam pengisar dan kisar hingga taucu halus.
Masukkan bahan yang sduah dikisar ke dalam periuk.
Kemudian masak dengan api perlahan sambil dikacau supaya sos tak berketul-ketul. Masak sehingga kuah mendidih sesuaikan rasa ketepikan.
BAHAN KUAH MERAH:
3 ulas bawang putih- ketuk
3 sudu besar cili blend
1/2 cawan kacang tanah yg telah digoreng garing dgn sedikit minyak
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar sos masam manis
4- 5 sudu besar gula
3 cawan air
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan-bahan diatas kecuali bawang putih dan cili kisar. Kisar hingga kacang halus.
Panaskan 2 sudu besar minyak masak dan tumiskan bawang putih yang diketuk. Tumis hingga naik bau dan kemudian masukkan cili kisar. Kacau dalam 3 minit.
Setelah itu masukkan semua bahan-bahan yang telah dikisar. Masak hingga kuah agak pekat dan sentiasa kacau.
Bila sudah mencapai kepekatan yang anda mahukan sesuaikan rasa. Siap.
Boleh makan dengan apa-apa yang anda suka seperti bebola seafood, sayur-sayuran, sotong kangkung atau apa-apa bahan-bahan yong tau foo kegemaran anda.
Campur kuah hitam dan merah mengikut citarasa anda. Untuk sesuaikan rasa pedasnya, taburkan bijan sangai, sedikit bawang goreng dan kacang goreng yang telah ditumbuk.
Tauhu Sumbat Ayam ni jika dibeli di pasar malam, sekeping berbentuk 3 segi ini harganya boleh mencecah RM1- RM1.50. Jika berintikan isi udang atau daging, harganya juga agak mahal. Bagi anda yang menggemari hidangan ini, resipi perkongsian saudari Rara Zabidinini boleh dicuba. Ringkas sahaja bahannya. Boleh buat sendiri dengan kos yang jauh lebih murah.
CARA MEMASAK TAUHU SUMBAT AYAM SEDAP ALA PASAR MALAM
BAHAN-BAHAN: 1/2 bungkus ayam kisar 1 biji bawang besar – tumbuk – beli online disini 3 ulas bawang putih – tumbuk – beli online disini Sedikit serbuk lada hitam – beli online disini Sedikit serbuk lada sulah – beli online disini Daun sup dan daun bawang secukupnya Garam dan gula secukup rasa 2 biji telur Minyak untuk menggoreng 5 keping tauhu
CARA MEMASAK: 1. Mula-mula goreng kepingan tauhu terlebih dahulu.
2.Lepas siap digoreng, tunggu sejuk dan potong 2.
3. Keluarkan isi tauhu tapi jangan sampai kulit luar terkoyak. Kena keluarkan dengan lembut dan berhati-hati. Isi tauhu yang dikeluarkan tu, boleh dihancur-hancurkan.
4. Untuk membuat inti tauhu, tumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau. 5. Masukkan ayam kisar dan biar sampai ayam agak masak. 6. Kemudian masukkan isi tauhu yang telah dihancurkan tadi. Nak tambah lobak merah dan jagung pun boleh. 7. Taburkan sebuk lada hitam dan serbuk lada putih. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya. 8. Akhir sekali masukan daun sup dan daun bawang. Gaul sebati.
11. Setelah siap bahan inti, sumbatkan inti dalam kulit tauhu tadi sehingga padat.
12. Tauhu yang telah disumbat tadi dicelup ke dalam bancuhan telur dan digoreng sekali lagi.
13. Dah siap. Kalau nak berseri, tabur sedikit cili padi, daun sup, daun bawang dan bawang goreng diatasnya. 14. Tauhu Sumbat Ayam sedia dinikmati bersama Sambal Kicap.
RESIPI SAMBAL KICAP MABELES
BAHAN-BAHAN: Cili padi merah Cili padi hijau Bawang merah – beli online disini Bawang putih – beli online disini Kicap manis – beli online disini Kicap pekat – beli online disini Garam, gula dan perasa Sedikit perahan jus limau kasturi (Kuantiti boleh agak-agak sahaja ikut selera sendiri)
CARA MEMASAK: 1.Goreng sekejap cili padi merah, cili padi hijau, bawang merah dan bawang putih sampai layu. 2. Kemudian kisar bahan gorengan tadi bersama kicap manis, kicap pekat, garam, gula, perasa dan sedikit perahan jus limau kasturi. Kuantitinya agak-agak sahaja. 3. Tuang Sambal Kicap dalam mangkuk dan sedia untyuk dinikmati bersama Tauhu Sumbat Ayam. 4. Sambal ini boleh simpan lama dalam peti sejuk.