Minyak bawang putih ni memang banyak guna dalam masakan. Selain boleh digunakan untuk menumis, ia juga sangat enak jika dimakan bersama sup. Kalau nak masak apa-apa menu, hanya perlu ceduk dan terus masak. Tak perlu dah susah-susah tumbuk dan panaskan minyak. Resipi yang dikongsi oleh saudari Sharinaz Redwan memang sangat mudah. Puan-puan boleh cuba.
CARA BUAT MINYAK BAWANG PUTIH HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
3-4 labu bawang putih – jumlah bergantung kepada banyak mana anda nak buat.
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Ads
1. Kupas bawang putih, bersihkan dan keringkan dengan tisu.
2. Masukkan ke dalam pengisar makanan ( food processor) dan cincang tanpa guna air.
Ads
3. Panaskan minyak dengan banyak menggunakan api sederhana.
4. Tumis bawang putih tadi hingga garing dan keperangan. Angkat.
Ads
5. Bila minyak dah sejuk, boleh masukkan ke dalam bekas bersesuaian dan sedia digunakan dalam masakan.
6. Minyak ini tidak perlu disimpan dalam peti sejuk. Cukup disimpan di ruang biasa sahaja.
Makan nasi tanpa sambal rasa tak lengkap. Ada yang suka sambal belacan dan macam jenis sambal untuk dinikmati dengan nasi panas-panas. Siapa suka sambal kacang ikan bilis ni, ada rasa pedas pedas manis. Memang leka bila dah mula makan. Makan begitu sahaja pun sedap.Buat banyak boleh simpan untuk stok makan bila-bila pun.
SAMBAL KACANG IKAN BILIS
Bahan-bahan: 500gram kacang (goreng garing) 100gram ikan bilis (goreng garing)
Blend halus Cili kering segenggam rebus lembut(buang biji) 5 biji bawang merah kecil 2 biji bawang putih
Cara memasak:
1.Tumis semua bahan blend dengan minyak yang banyak sampai naik minyak.
2.Masuk garam, gula, aji dan masak sampai sambal gelap dan berkilat. Gula kena lebihkan untuk dapat kilat dan manis pedas.
3.Sejukkan sambal, kacang, ikan bilis baru gaulkan supaya kekal rangup.
Sambak ikan bilis . sering menjadi pilihan sebagai juadah pemecah selera terutamanya bila takda selera makan. Buat sambal tumis, atau tumbuk mantah ikan bilis tetap sedap janji ada bilis dan cili padi, memang padu bila makan. Apa kata salah satu dari empat sambal bilis ni…
SAMBAL BILIS GARING
BAHAN-BAHAN:
CARAMEMASAK:
SAMBAL BILIS TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
SAMBAL BILIS GESEK
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
SAMBAL BILIS TELUR KACAU
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sedapnya sambal bawang homemade ini memang tidak dapat dinafikan. Bagi pencinta sambal, resipi ini wajib dicuba kerana rasanya yang padu, pedas, dan cukup membuka selera. Sambal bawang homemade ini juga dikenali dengan beberapa nama lain seperti sambal bojak apabila ditambah tomato, sambal Jawa, atau sambal nasi ayam penyet. Walau apa pun panggilannya, keistimewaan sambal ini tetap terletak pada kesederhanaan bahan dan cara penyediaannya.
Resipi sambal bawang homemade perkongsian Cik Pooja ini sangat sesuai untuk dijadikan stok di rumah. Ia boleh disimpan di dalam peti sejuk dan digunakan bila-bila masa sebagai pencicah, penambah selera, atau pelengkap hidangan utama. Dengan hanya beberapa bahan asas, anda sudah boleh menghasilkan sambal yang rasanya setanding sambal di kedai makan terkenal.
Berikut ialah senarai bahan yang digunakan untuk menyediakan sambal bawang homemade yang sedap dan tahan lama:
Jika anda ingin variasi rasa yang sedikit masam dan segar, boleh juga menambah tomato seperti dalam sambal bojak. Namun, bahan ini adalah pilihan dan tidak wajib.
Ikuti langkah-langkah di bawah untuk memastikan sambal bawang homemade anda mendapat tekstur dan rasa yang sempurna.
Untuk memastikan sambal bawang homemade boleh bertahan lebih lama, pastikan bahan benar-benar kering sebelum digoreng. Penggunaan minyak yang mencukupi juga membantu sambal kekal segar. Simpan sambal di dalam bekas kedap udara dan gunakan sudu bersih setiap kali mengambilnya.
Sambal bawang homemade ini biasanya boleh tahan sehingga dua minggu jika disimpan dengan betul di dalam peti sejuk. Rasanya juga akan menjadi lebih sedap selepas beberapa hari kerana bahan-bahannya telah sebati.
Kelebihan sambal bawang homemade ialah ia sangat versatil. Ia sesuai dimakan bersama nasi putih panas, ayam goreng, ikan bakar, tempe goreng, tauhu goreng, atau dijadikan sambal khas untuk nasi ayam penyet. Rasanya yang pedas dan beraroma pasti membuatkan hidangan ringkas terasa lebih istimewa.
Kesimpulannya, sambal bawang homemade ini bukan sahaja mudah disediakan, malah sangat berbaloi untuk dijadikan stok di rumah. Dengan resipi ringkas ini, anda tidak perlu lagi membeli sambal di luar kerana rasanya memang memuaskan dan menepati selera ramai.
RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 bakal berlangsung di Dataran Merdeka dengan penghasilan 16,000 pek bubur lambuk bersama anggota bomba dan komuniti sebagai percubaan rekod Malaysia.