
Kudap-kudap mudah yang anda boleh hasilkan secara homemade. Makan sambil tengok TV, memang ralit. Sekejap je habis satu balang. Jom cuba resipi perkongsian saudari E-cah Katman ni.
KACANG TANAH GORENG
BAHAN-BAHAN:

- Kacang tanah besar
- Bawang putih – hiris
- Halia – hiris
- Serbuk nasi goreng
- Air secukupnya
- Garam dan serbuk cukup rasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air, garam dan cukup rasa secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.

2. Setelah mendidih, masukkan kacang tanah, bawang putih dan halia. Biar sampai sejuk.
3. Toskan air dan goreng hingga garing termasuk sekali dengan bawang putih dan halia tadi. Kuantiti minyak seperti anda menggoreng kerepek.

4. Angkat dan toskan kacang goreng tadi. Tabur serbuk rencah nasi goreng secukupnya. Gaul rata.

5. Sedia untuk dinikmati.
INFO RASA: Jika tak nak guna serbuk nasi goreng, boleh juga guna garam halus biasa.
Kredit resipi & foto: E-cah Katman
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Sushi Paling Mudah, Tak Guna Banyak Bahan & Tanpa Cuka

Tercari-cari resipi Sushi yang mudah, enak dan tidak guna banyak bahan? Maklumlah andai dinikmati di restoran, harganya agak mahal lebih-lebih lagi jika ‘masuk’ restoran dengan jumlah ahli keluarga yang ramai. Jenuh nak membayarnya. Jangan risau, anda boleh buat sendiri di rumah hanya bermodalkan kos yang tidak mahal. Puas hati. Sekali buat, satu keluarga boleh menikmatinya. Saudari CtRohani Abu Iban ada kongsikan resipinya. Istimewa lagi, resipi beliau tidak perlu menggunakan cuka. Jom cuba!
CARA MEMBUAT SUSHI MUDAH SECARA HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:
- Beras sushi – beli online disini
- Kepingan rumpai laut / seaweed – beli online disini
- Sedikit garam dan gula
- Timun jepun – hiris panjang
- Telur dadar – dipotong memanjang
- Crab stick – dikukus, belah dua



CARA MEMASAK:
1.Cuci beras sushi sekali sahaja. Kemudian masukkan 2 cawan air. Sukatannya ialah 1 cawan beras : 2 cawan air.

2. Masak seperti memasak nasi biasa.

3. Bila nasi sudah masak, ketika masih panas, masukkan sedikit garam. Ia bertujuan memberi sedikit rasa pada nasi.

4. Masukkan juga sedikit gula. Jumlahnya jug agak-agak sahaja. Sekadar memberi rasa.

5. Gaul rata nasi supaya sebati dengan perasa tadi. Tutup periuk dan ‘on’ semula suis periuk. Biarkan seketika anggaran selama 5 minit.

6. Ambil sekeping rumpai laut. Letak atas tikar penggulung.

7. Ambil sedikit nasi dan ratakan. Pastikan ikut alur buluh tu. Pastikan juga nasi sentiasa panas untuk dapatkan sushi yang mampat bila digulung.

8. Susun memanjang bahan-bahan yang sudah dipotong dan dihiris tadi untuk jadikan inti sushi.

9. Gulung perlahan-lahan.
10. Gulungan suhi yang siap digulung. Biarkan separuh sejuk kemudian bolehlah dipotong.

11. Sushi homemade siap dan boleh dinikmati bersama kicap cair atau mayones.

Kredit resipi & foto: CtRohani Abu Iban
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Buat Nugget Nasi Sedap Untuk Bekal Anak Ke Sekolah.

Jom cuba buat nugget homemade! Ha…bagi ibu-ibu yang ada anak yang susah nak makan nasi, memang susah hati kan? Bukan apa, risau jika mereka tidak dapat zat serta keperluan nutrisi yang cukup untuk tumbesaran. Melalui perkongsian saudari Hani Nanny, ada menu mudah yang anda boleh cuba. Malah jika buat menu ni, lebihan nasi juga boleh digunakan tanpa perlu membazir.
Anak payah nak makan nasi? No worries lah. Jom try buat nugget, Boleh je campak-campak sayur, ayam ikut kesukaan dalam tu. Kalau dah goreng confirm nam tujuh ketul dijamahnya. Buat bebanyak pastu frozenkan, Bebila nak makan gorengkan saja..mudahkan?
CARA BUAT NUGGET NASI HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:
- Nasi (empunya resipi guna beras jepun) – beras biasa pun boleh
- Isi ayam
- Daun bawang(optional) – boleh juga tambah lobak merah dan lain-lain sayur ikut citarasa
- Perasa
- 1-2 biji telur – dipukul
- Serbuk roti secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Satukan nasi, isi ayam, sayur dan perasa dengan secukupnya. Gaul hingga sebati.

2. Canai adunan nasi tadi dan tekap dengan pencetak kesukaan. Pastikan anda sapu sedikit minyak pada pencetak dan permukaan nasi supaya tidak melekat.

3. Celup kepingan nugget nasi dalam bancuhan telur.

4. Kemudian salut dengan serbuk roti. Lakukan hingga habis adunan.

5. Selepas siap, sejukbekukan nugget terlebih dahulu sebelum digoreng.


Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Hani Nanny
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bakwan Rangup, Lagi Banyak Sayur Lagi Bertambah Kesedapannya

Jika bertandang ke Indonesia, bakwan ini biasa menjadi hidangan sarapan atau minum petang. Ianya seakan-akan cucur udang, tetapi lebih banyak diletakkan sayur-sayuran. Rasanya rangup, enak dimakan bersama sos cili ataupun sos pencicah yang dibuat sendiri.
Ikuti perkongsian resipi bakwan rangup di luar namun lembut di dalam oleh Siti Khajar ini. Resipi ini versi olahannya sendiri. Jom kita buat.
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum*
1 sudu tepung beras* – Boleh beli online di sini
4 sudu tepung bestari pedas* (pilihan)
½ cawan udang geragau kering* – Boleh beli online di sini
1 biji telur* (pilihan)
Sedikit garam*
Sedikit serbuk kunyit*
1 ½ cawan lobak merah** (disagat) – Boleh beli online di sini
1 ½ cawan tauge**
1 ½ cawan hirisan kobis**
5 tangkai daun kucai**
1 labu bawang besar** (dihiris kasar) – Boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
Bancuhkan kesemua bahan bertanda * dengan air ais. Agak-agak saja kadar airnya, tidak terlalu pekat dan jangan terlalu cair.
Masukkan bahan bertanda **. Gaulkan sehingga sebati. Kalau nak tambah sayur pun boleh. Lagi banyak sayur, lagi bertambah sedap.

Kemudian, bolehlah digoreng menggunakan minyak yang banyak dengan cara begini. Cara menggoreng boleh rujuk pada gambar di bawah.


SOS PENCICAH
BAHAN-BAHAN:
2 biji cili merah*
1 ulas bawang putih*
½ sudu gula pasir*
CARA MEMASAK:
Tumbuk sehingga lumat semua bahan bertanda *. Kalau tak lumat, boleh ditapis.
Campurkan dengan 4 sudu sos cili dan 4 sudu air panas.

Siap untuk dinikmati. Selamat mencuba.
NOTA: Bagi yang tiada alahan, penggunaan sos cili boleh digantikan dengan cuka masakan.
Kredit: Siti Khajar
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Crab Rangoon Cicah Sos Creamy Hijau Ala Thai, Satu Memang Tak Cukup
Kek Pisang Coklat Kluster Kayangan. Rasa Mewah, Sedap Tak Terkata
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

