Cara-Cara Buat Jeruk Maman Sedap Secara Homemade. Memang Rare!

Share

Suka makan jeruk maman? Ha..kebanyakan anak mudah sekarang kurang tahu cara-cara nak buat ‘side dish’ turun temurun ni. Kalau di kampung, tak ada lauk mewah pun tidak mengapa kerana jeruk maman ni sendiri sudah cukup untuk membuka selera. Rasanya yang liat-liat sedikit, masin dan masam, memang sedap! Nak cuba buat? Jom cuba resipi di bawah ni. Mudah je.

BAHAN-BAHAN:

  • Daun maman
  • 1 cawan nasi | dikisar kasar
  • 1 sudu makan garam kasar
  • Air bertapis | jumlahnya sama paras dengan daun maman
  • Cili padi | ikut citarasa

CARA MEMBUAT:

1. Daun maman dicuci bersih bagi membuang pasir. Kemudian potong kecil dan dijemur seketika supa sedikit layu.

2. Ambil botol bersih. Masukkan daun maman dan juga air. Jumlah air perlulah sama paras dengan daun maman tadi.

  

3. Seterusnya masukkan nasi, garam kasar dan cili. Gaul rata dan tutup botol.

4. Tunggu selama 2 @3 hari sebelum jeruk maman ini boleh dimakan. Setelah cukup masa peraman, simpan jeruk di dalam peti sejuk supaya tahan lebih lama.

 

Kredit resipi & gambar: Chikta Karim

 

IKLAN