Cara-Cara Buat Dumpling Daging Homemade Paling Mudah & Sedap.

Share

Teringin nak makan dumpling daging tapi kurang yakin tentang halal jika nak makan di restoran? Usah khuatir kerana anda boleh hasilkannya secara homemade. Resipi perkongsian saudari Cik Lin Lyna ni antara yang terbaik boleh dicuba. Mudah je. Untuk kulit

dumpling, boleh beli kulit gyoza pastri readymade dan anda hanya perlu buat inti sahaja. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

RESIPI DUMPLING DAGING HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji bawang holland – dicincang
  • 5 ulas bawang putih – dicincang
  • 1 inci halia – dicincang
  • Daging kisar secukupnya
  • Lobak merah – dicincang. Boleh gandi dengan kubis cincang
  • Cendawan King Oyster – potong dadu
  • Daun bawang secukupnya
  • Sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • 2 batang sosej – cincang
  • Kulit dumpling ( boleh guna Japanese Gyoza Pastry. Ada jual di tesco.)


CARA MEMBUAT:

1. Satukan semua bahan (kecuali Gyoza Pastry) di dalam bekas. Adun hingga sebati.

   

2. Ambil  sekeping Japanese Gyoza Pastry dan letakkan inti ditengahnya. Kelim dengan kemaskan mengikut kreativiti anda.

 

3. Lakukan sehingga habis adunan inti.

4. Susun dumpling diatas bekas yang ditabur sedikit tepung supaya ia tidak melekat. Untuk memasak, anda boleh pilih sama ada nak rebus, stim atau goreng. Semuanya sedap!

   

5. Selamat mencuba!

Kredit resipi & foto: Cik Lin Lyna

IKLAN