Cara-Cara Buat Dumpling Daging Homemade. Lebih Jimat & Dijamin Halal!

Share

Teringin nak makan dumpling tapi kurang yakin tentang halal jika nak makan di restoran? Usah khuatir kerana anda boleh hasilkannya secara homemade. Mudah je. Boleh beli kulit pastri readymade dan anda hanya perlu buat inti sahaja. Mudah kan? Lagipun jika buat sendiri, boleh letak inti banyak-banyak, lebih puas makan dan lebih jimat. Jom cuba!

 

DUMPLING DAGING HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji bawang holland – dicincang
  • 5 ulas bawang putih – dicincang
  • 1 inci halia – dicincang
  • Daging kisar secukupnya
  • Lobak merah – dicincang. Boleh gandi dengan kubis cincang
  • Cendawan King Oyster – potong dadu
  • Daun bawang secukupnya
  • Sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • 2 batang sosej – cincang
  • Kulit dumpling ( boleh guna Japanese Gyoza Pastry. Ada jual di tesco.)

CARA MEMBUAT:

1. Satukan semua bahan (kecuali Gyoza Pastry) di dalam bekas. Adun hingga sebati.

   

2. Ambil  sekeping Japanese Gyoza Pastry dan letakkan inti ditengahnya. Kelim dengan kemas mengikut kreativiti anda.

 

3. Lakukan sehingga habis adunan inti.

4. Untuk memasak, anda boleh pilih sama ada nak rebus, stim atau goreng. Semuanya sedap!

   

5. Selamat mencuba!

Kredit resipi & foto: Cik Lin Lyna

IKLAN