Cara-Cara Buat Daging Jeruk Homemade Sedap, Paling Mudah & Hanya Guna 2 Bahan.

Share

Daging jeruk tentunya membuka selera. Untuk menikmatinya, tak perlu masak terlalu lama. Hanya panaskan sedikit minyak dan goreng daging bersama hirisan bawang serta cili. Keenakan dan haruman bau daging jeruk goreng ni memang membuka selera. Jom cuba resipi mudah perkongsian saudari Salimah Olie

ni. Sangat berbaloi.

 

DAGING JERUK HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • Daging batang pinang ( tenderloin)
  • Lemon/limau nipis atau limau Kasturi – mana-mana yang ada dan mudah diperolehi
  • Garam halus secukupnya

CARA MEMBUAT:

1. Bersihkan daging dan hiris nipis.

2. Ambil bekas berpenutup kemudian susun kepingan daging menajdi lapisan pertama.

3. Tabur garam halus secukupnya dan perah jus lemon/limau nipis atau limau kasturi secukupnya.

4. Kemudian susun daging untuk lapisan kedua. Tabur garam dan perah limau secukupnya. Ulang langkah sama hingga kepingan daging habis.

5. Tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk di ruangan biasa selama 2-3 hari.

6. Bila daging bertukar warna pucat, dah boleh dimasak dan dinikmati.

7. Untuk menikmati daging jeruk, panaskan sedikit minyak dalm kuali dan masukkan daging jeruk. Daging tidak perlu dibasuh.

8. Bila daging hampir masak, masukkan hirisan bawang besar dan cili. Gaul rata dan masak hingga layu.

9. Angkat dan nikmati bersama nasi panas.

Kredit resipi & foto: Salimah Olie

IKLAN