Cara-Cara Buat Cendol Homemade Yang Mudah & Sedap.

Share

Terasa nak makan Cendol? Petang-petang macam ni memang sedap kalau makan cendol sejuk. Kena pula dengan santan dan air gula melaka padu, fuh…laju je hirup. Kalau nak lebih sedap, cubalah buat cendol homemade. Pasti lagi mengancam rasanya. Jom cuba resipi perkongsian saudari Najwa Abd Razak ni

. Sangat mudah.

 

CARA BUAT CENDOL HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 2/3 cawan tepung beras
  • 1/3 cawan tepung ubi
  • 1 sudu teh air kapur
  • Secubit garam
  • 800ml air
  • 1 mangkuk air berais

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan dan masa katas api sederhana hingga betul-betul kental.

2. Kemudian masukkan adunan tadi ke dalam piping bag.

3. Gunting hujung piping bag dan pici ke dalam mangkuk berisi air berais. Jika adunan panas, alas piping bag guna kain. Picit hingga adunan habis.

4. Siap! Sedia untuk dinikmati ikut citarasa. Buat cendol durian memang sedap!

 

Kredit resipi & foto: Najwa Abd Razak

IKLAN