Cara-Cara Buat Bebola Daging Sejuk Beku. Siap Ada Sayur! Sangat Sesuai Untuk Kudapan Anak-Anak.

Share

Bebola daging homemade memang lain dari yang biasa dibeli di pasaraya. Bila buat sendiri ni, anda boleh tambah bahan-bahan lain seperti aneka sayur -sayuran bagi menjadikan sajian tersebut lebih berkualiti dan berkhasiat. Jom cuba!

BEBOLA DAGING HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging kisar – bole dapat dalam 80 biji
  • 1 sudu lada hitam – tumbuk/lada sulah
  • 1 sudu garam
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan serbuk roti / breadcrumbs – kalau lembik, tambah lagi jumlahnya
  • 1 biji bawang Holland – cincang
  • Daun sup/saderi secukupnya – racik halus
  • Cili merah/capsicum secukupnya – cincang
  • Lobak merah secukupnya – cincang

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan ke dalam mangkuk. Uli hingga sebati.

2. Cubit adunan dan bulat-bulatkan. Saiznya bergantung pada citarasa.

3. Kemudian bolehlah kukus atau rebus bebola tadi. Air rebus

4. Jika nak sejukbekukan, biarkan bebola sejuk dahulu sebelum disimpan dalam peti sejuk beku.

5. Bebola daging homemade ni boleh dinikmati dengan pelbagai cara ikut selera masing-masing.


INFO CHEF: Air rebusan / air kukusan bebola daging tadi jangan dibuang. Ia boleh digunakan untuk masak nasi atau buat sos lada hitam.

Kredit resipi & foto: Dapur Hayati

IKLAN