Cara-Cara Buat Akok Kedut Guna Pembakar Sandwic Je. Mudah!

Share

Akok adalah antara kuih yang memang popular di bulan puasa. Rasanya yang lemak-lemak manis memang sedap! Untuk membuatnya, kuih ni biasanya dibakar. Namun ada cara mudah yang boleh dicuba. Tak perlu guna arang pun! Guna sandwic maker

sahaja.

 

RESIPI AKOK HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • Air gula yang telah disejukkan ( 1 cawan air dimasak bersama gula pasir, gula merah & daun pandan. Sukatan gula ikut kemanisan masing-masing)
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 5 biji telur
  • Sedikit perisa pandan
  • Secubit garam
  • 1/2 kotak kecil santan
  • 3 sudu makan tepung gandum

 

CARA MEMASAK:

1. Satukan telur, perisa pandan, garam, santan dan tepung gandum. Kisar selama 2 minit.

2. Kemudian masukkan minyak masak untuk mendapatkan kesan kuning keemasan pada kuih setelah siap dimasak nanti.

3. Seterusnya tambahkan air gula yang telah disejukkan. Kisar sekejap.

4. Panaskan mesin pembakar sandwic dan tuang adunan secukupnya.

5. Bakar sehingga akok masak dan menjadi warna kuning keemasan.

 

Kredit resipi & foto: Halimatun As Saadiah Ismail

IKLAN