Makan

Cara Buat Yogurt Homemade Guna 3 Bahan Je, Confirm Jadi

Share

Yogurt homemade ni memang best. Kalau campur dengan aneka buah segar, memang sedap. Selain itu yogurt ni juga pelbagai guna. Boleh letak dalam masakan, minuman, manisan dan macam-macam lagi. Nak belajar buat yogurt secara homemade? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

RESIPI YOGURT HOMEMADE YANG DIJAMIN MENJADI

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm susu tepung beli online disini
  • 1 liter air panas
  • 7 sudu besar yogurt starter (guna yogurt yang ada LIVE CULTURE)

CARA MEMBUAT:

A. BANCUH SUSU:

  1. Dalam periuk, masukkan air panas dan susu tepung. Panaskan guna api sederhana. Sentiasa kacau.
  2. Masak sampai berbuih dekat tepi periuk.
    Tutup api dan biarkan susu suam.

B. SAMBIL TUNGGU SUSU SUAM, STERIL BALANG KACA.

1. Penuhkan balang dengan air panas. Steril selama 10 mins
2. Kemudian keringkan secara ‘air dry’. Jangan lap ye. Nanti terkena bakteria.

C. MASUKKAN YOGURT STARTER

1. Bila dah suam kuku, masukkan yogurt 7 sudu besar dan kacau. Kalau ada termometer, suhunya (susu) 60c.
( Nota: JANGAN MASUKKAN YOGURT MASA SUSU PANAS)
2. Kalau tak ada termometer, test dengan hujung jari. Susu masih panas tapi jari tak melecur.

D. MASUKKAN DALAM BALANG

1. Setelah masukkan yogurt dalam balang, pastikan ada ruang kosong macam balang saya. Ia bertujuan membolehkan bakteria bernafas.

E. SEDIAKAN INKUBATOR

1. Lapik 2-3 helai surat khabar lama dalam bekas tu.

F. SEDIAKAN AGEN PEMANAS

1. Isi air panas dalam beberapa plastik begini.

G. PERAM!

1. Masukkan balang kaca dalam inkubator. Selitkan plastik air panas di ruang kosong.
2. Pastikan ada sehelai dua surat khabar antara plastik air panas dengan balang.
3. Tutup inkubator. Peram 8 jam.
4. Kalau lepas 8 jam, yogurt anda belum betul-betul kental, gantikan air panas baru dan peram lagi 2-3 jam.

Next time nak buat lagi tak payah beli starter di kedai. Boleh guna yogurt homemade yang ini saja jadi starter. Selamat mencuba!

Kredit resipi & foto: Martini Muaz

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

Published by
Elina