Cara Buat Tortilla Chips Yang Ringkas. Hanya Gunakan Wraps

Share

Kalau anda ada wrap di rumah, boleh cuba buat tortilla chips menggunakan wrap tersebut. Rangup dan sangat sedap. Daripada wrap terbiar begitu sahaja, lebih buat kita oleh menjadi tortilla chips. Resipi ini dikongsi oleh saudari Zatil Arip yang menghidangkan chips ini dengan telur hancur.

TORTILLA CHIPS

 

BAHAN-BAHAN:

  • Wrap
  • Minyak zaitun
  • Garam (beli online DISINI)
  • Lada hitam (beli online DISINI
    )

 

CARA MEMASAK:

1. Sapu wrap dengan minyak zaitun.

 

2. Potong menjadi bentuk segitiga-segitiga kecil.

 

3. Taburkan garam dan lada hitam jika suka.

 

4. Bakar suhu 180°C selama 7 minit atau sehingga kerangupan yang disukai.

 

Chips ini boleh dimakan bersama telur hancur. Sesuai untuk sarapan atau kudapan di petang hari.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji telur
  • 1/2 cawan susu segar
  • Garam
  • Lada hitam
  • Tomato | dipotong dadu
  • Bawang | dipotong dadu
  • Daun ketumbar | dihiris
  • Sehiris lemon

 

CARA MEMASAK:

  1. Pecahkan 4 biji telur, kemudian gaul dengan setengah cawan susu segar, garam dan lada hitam.
  2. Cairkan mentega, masak telur dengan api perlahan sambil kacau telur tersebut.
  3. Bila dah sedikit berketul, angkat. Boleh perah sedikit lemon.
  4. Tabur dengan apa yang kita suka. Masukkan timun yang dipotong dadu pun sedap.

 

Kredit resipi & foto: Zatil Arip

 

Anda sedang mencari KUALI NON STICK? Boleh cari DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

IKLAN