Ramai orang menyukai tempe, makanan yang diperbuat dari kacang soya ini bukan hanya sedap malah ia sumber protein yang murah. Menariknya tempe boleh dipelbagaikan cara memasak, sama ada dijadikan sambal ataupun di campur dengan bahan lain dalam masakan. Penggemar tempe mesti menjadikan tempe sebagai menu wajib setiap minggu. Walaupun murah dan mudah didapat apa salahnya kita cuba buat sendiri. Ini caranya ye:-
BERSIH DAN RENDAM KACANG SOYA
Kacang soya mesti dicuci bersih dahulu kemudian rendam selama 12-18 jam dengan air sejuk.Semasa proses merendam, korang boleh ramas-ramas kacang soya supaya tanggal kulit arinya, kemudian tukar air dan remdam lagi. Pastikan seluruh kacang ditengelami air. Tujuannya supaya kacang soya kembang dan tidak perlu direbus lama.
REBUS KACANG SOYA
Ads
Buangkan sisa kulit ari yang tertinggal sepanjang proses merendam, kemudian cuci bersih. Apabila betul-betul bersih, rebus lebih kurang 30-45 minit atau hingga empuk bagi memastikan tempe nanti lembut. Perlu diingatkan gunakan air bersih dan bebas klorin, senangnya korang gunakan saja air tapis. Setelah masak, sejuk dan keringkan kacang soya rebus dalam penapis, tujuannya supayaa ragi yang digunakan untuk tujuan fermentasi lebih mudah digaul rata.
GAUL DENGAN RAGI
Ads
Apabila kacang soya sudah betul-betul kering dan sejuk,campurkan ragi dan gaul rata. Untuk satu kilogram kacang soya, korang boleh letakkan satu sudu makan ragi tempe.
BUNGKUS DAN FERMENTASIKAN
Selepas digaul rata, campuran kacang soya dengan ragi bolehlah dibungkus menggunakan daun pisang atau plastic. Jika menggunakan pastik, lubangkan sedikit supaya ada kitaran udara di dalam bungkusan. Proses fermentasi atau peram mengambil masa 24-48 jam pada suhu bilik.
Ads
Pastikan suhu bilik tidak terlalu panas, jika terlalu panas boleh sebabkan spora mati dan jika suhu sebaliknya boleh sebabkan kulat tidak akan tumbuh. Pastikan juga bungkusan tempe tidak bertindih kerana sepanjang proses fermentasi sudah menghasilkan udar panas. Oleh itu, korang perlu kerap tengok tempe bagi memastikan kitaran udara sentiasa dalam keadaan baik.
INGIN TAHAN LAMA, SIMPAN DALAM PETI SEJUK
Selepas 48 jam, tengok tempe korang, jika sudah padat dan ada bau tempe, maka tempe korang sudah menjadi dengan sempurna. Tempe tersebut boleh terus dimasak atau disimpan dalaam peti sejuk untuk tahan lebih lama. Macam mana? Senang je kan buat tempe.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Durian jenis Musang King atau Mao Shan Wang memang jadi pilihan kerana keenakannya. Sebab itu walau pun musim durian sedang rancak tapi harga duria jenis ini tetap juga mahal.
Sebiji boleh mencecah RM100 malah lebih pada bukan musim. Walau begitu peminatnya tetap ada dan sanggup membelinya.
Disebabkan harga yang mahal maka sebelum membeli wajiblah tahu ciri durian Musang King ini. Takut nanti tertipu. Terutama bagi yang baru nak rasa dan belum mahir tentang ciri durian jenis ini.
1. Duri bentuk piramid
Durian Musang King mempunyai duri yang berbentuk piramid, bersegi (angular), sederhana rapat dan ada tepian yang rata.
2. Bentuk buah bujur
Durian Musang King biasanya berbentuk bujur, seperti bola ragbi ( ia juga kadangkala berbentuk seperti buah pinggang). Pernah nampak buah pinggang? macam tu la bentuknya.
3. Tapak sulaiman
Durian Musang King juga mempunyai ciri unik iaitu ada lima garisan dari pangkal buah ke bahagian tepi buah, ala “starfish” atau tapak sulaiman.
4. Tidak berduri di pangkal
Durian Musang King tidak berduri pada tangkal buah. Pangkal Musang King juga botak dan leper iaitu seiras bentuk “starfish” yang leper.
5. Warna isi kuning kunyit
Isinya berwarna kuning diraja (kerana itu durian ini juga dinamakan Rajah Kunyit!). Harumannya manis, sangat lemak dan berkrim disertai sedikit kepahitan. Keseluruhannya kombinasi yang seimbang dan tentunya sedap. Bijinya sangat kecil dan kempis, leper, isinya senang ditanggalkan.
Ramai beranggapan tauge antara sayur yang mesti dimasak segera, jika tidak ia akan rosak. Tetapi tiba-tiba tak jadi masak atau terbeli lebih, boleh je simpan tauge itu dan masak esok atau lusa. Jika betul cara simpan tauge masih segar. Kalau nak tau caranya, boleh baca tip yang RASA kongsikan ini.
Apa paling penting bersihkan tauge sebelum disimpan.
Tauge yang baru korang beli biasanya masih mempunyai lapisan kulit kacang hijau melekat di kepalanya dan masih berekor, kedua-duanya perlu dibuang. Agar tauge kekal segar, bersihkan tauge dari kulit kacang di bawah air mengalir, sambil buang ekornya, kemudian tos. Selain kulit kacang dan ekor, tauge yang lembik perlu dibuang supaya tidak menjejaskan kesegaran tauge yang lain.
Masukkan dalam bekas berlapikkan tisu dapur.
Rahsia mengekal kesegaran tauge adalah membiarkannya kekal lembab. Oleh itu sediakan satu bekas kedap udara, alasnya dengan tisu dapur. Tisu ini akan memastikan tauge sentiasa segar secukupnya. Setelah dialas masukkan tauge yang sudah dibersihkan ke dalam bekas tersebut dan tutup rapat.
Simpan bekas tersebut di dalam peti sejuk.
Cara ini boleh membantu tauge kekal segar hingga seminggu, tetapi korang perlu letakkannya di bahagian bawah (bahagian sayur) peti sejuk. Elakkan meletakkannya di bahagian atas atau bahagian belakang peti sejuk, ini kerana tauge tidak boleh terdedap pada suhu sejuk berlebihan, bimbang ia akan lebih mudah menjadai busuk.
Ketahui 10 kuasa luar biasa halia, superfood semula jadi yang bukan sekadar bumbu masak! Dari melawan kanser hingga membantu pencernaan, halia memberi 1001 manfaat kesihatan untuk tubuh anda.