Cara Buat Taufu Fa Homemade Sedap Macam Jual Di Bazar Ramadan

Share

Suka makan Taufu Fa? Seronoknya kalau dapat buat sendiri manisan ni kan? Sekali buat, memang puas makan. Ni ada resipi perkongsian saudari Siti Zarina Jaidon yang mudah dan boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan dan cara membuatnya. Hasilnya sama seperti Taufu Fa yang dibeli di Bazar Ramadan. Cubalah.

CARA BUAT TAUFU FA HOMEMADE

BAHAN A:
• 440 gm kacang soya – basuh dan rendam 5 jam. ( nak guna 500 gm kacang soya pun boleh, lagi terasa soyanya )
• 3200 ml air

CARA MEMASAK:
1. Kedua bahan diatas dikisar dan ditapis. Sebaiknya tapis guna kain cotton.


2. Sukat 3 liter air soya dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan 3 helai daun pandan dan didihkan.
3. Sentiasa kacau air soya supaya tidak hangit dan melimpah.
4. Setelah air soya dirasakan cukup masak, tapis dalam satu bekas yang senang untuk dipegang. Contohnya; jug air.
BAHAN B ( CAMPURAN GDL):
• 1 1/2 sudu teh GDL (beli online disini)
• 1 sudu besar + 1 sudu teh tepung jagung (beli online disini)
• 3 sudu besar air soya yang belum dimasak
CARA MEMBUAT:
1.Sementara tunggu air soya mendidih, campurkan bahan B. Kacau rata hingga sebati.
2.Sudu yang digunakan untuk menyukat bahan adalah sudu untuk sukatan kek. Boleh diperolehi di bakeri.

CARA MEMBUAT TAUFU FA:
1. Sediakan satu bekas . Tangan kiri pegang campuran GDL, tangan kanan pegang air soya panas dalam jug.( seeloknya air soya ditapis terlebih dahulu supaya hasil Taufu Fa halus)

2. Tuang kedua-dua bahan secara serentak ke dalam bekas.

3. Biarkan. Jangan kacau atau goyang bekas yang dah siap campur tu.


4. Biarkan selama 2 jam atau hingga suam barulah Taufu Fa boleh diceduk.


5. Sebelum dinikmati, bila dah agak sejuk, buang bahagian atas Tau Fu Fa. Ini kerana bahagian atas berbuih dan agak kering.

6. Hidangkan bersama air gula atau air gula melaka.

BAHAN AIR GULA – kuantiti agak-agak

• Air
• Gula/gula melaka
• Daun pandan

CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan didihkan. Pastikan air gula agak manis.
2.Tapis dan sejukkan.

INFO:
• Pastikan air soya cukup masak. Jika tidak, taufu fa akan jadi kurang sedap.
• Bahan utama untuk membuat Tau Fu Fa ni adalah GDL ( glucono-delta-lactone). Fungsinya untuk membekukan air soya.
• Boleh dibeli di sesetengah kedai bakery. Tanya pada pekerja mereka GDL atau serbuk nak buat Tau Fu Fa.

GDL ( glucono-delta-lactone)

Kredit resipi & foto: Siti Zarina Jaidon

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN