Cara Buat Tapai Pulut Daun Pisang Yang Berair dan Manis

Share

Kali ini RASA ingin kongsikan resipi membuat tapai pulut. Tapai pulut sedap dimakan sejuk-sejuk. Selepas pulut selesai menjadi tapai, simpan dalam pei sejuk. Biarkan sejuk dahulu, kemudian barulah dinikmati. Memang sedap!

Tapai pulut boleh dibuat dengan berbungkus daun getah. Boleh juga dibungkus dengan daun pisang.

Jom kita lihat resipinya.

TAPAI PULUT DAUN PISANG

BAHAN-BAHAN
500 gram beras pulut
1 biji ragi (dijemur dan dihancurkan)
Daun pisang secukupnya

CARA MEMBUAT
1. Basuh beras pulut. Rendam selama dua jam.
2. Toskan air. Kukus beras pulut selama 25 minit.
3. Siram pulut yang telah dikukus dengan 3 cawan air. Kaup balik.
4. Kukus lagi beras pulut selama 10 minit.
5. Tutup api dan alihkan pulut ke atas dulang besar supaya sejuk. Tunggu sehingga pulut betul-betul sejuk.
6. Ayak ragi ke atas pulut. Kaup balik supaya ragi rata.
7. Letakkan sesudu pulut ke atas daun pisang. Bungkus kemas.
8. Ulang sehingga selesai. Simpan tapai yang siap berbungkus dalam besen besar.
9. Balut besen dengan kain. Tunggu selama dua hari atau sehingga pulut menjadi tapai.

Selamat mencuba!

IKLAN