Cara Buat Sushi Homemade Sedap Hanya Guna Beras Biasa

Share

Sushi memang enak dan ramai menggemarinya. Namun andai dinikmati di restoran, harganya agak mahal lebih-lebih lagi jika ‘masuk’ restoran dengan jumlah ahli keluarga yang ramai. Jenuh nak membayarnya. Jangan risau, anda boleh buat sendiri di rumah hanya bermodalkan kos yang tidak mahal. Puas hati. Sekali buat, satu keluarga boleh menikmatinya. Saudari Nurain Hazwani ada kongsikan resipinya. Istimewa lagi, resipi beliau tidak perlu menggunakan beras jepun. Hanya menggunakan beras biasa sahaja. Jom cuba!

 

RESIPI SUSHI HOMEMADE YANG SEDAP, MUDAH & GUNA BERAS BIASA SAHAJA

BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras biasa – Nak guna BERAS SUSHI

? beli online disini
1 cawan beras pulut beli online disini
2 sudu makan cuka masakan beli online disini
1 sudu makan gula beli online disini
Sedikit garam 

Timun
Lobak merah – rebus seketika
Sosej – rebus seketika
Isi ketam / filamen ketam – rebus seketika
Telur dadar

Mayones beli online disini
Kepingan rumpai laut secukupnya beli online disini
Tikar buluh sushi @ plastik – untuk menggulung sushi beli online disini

CARA MEMASAK:

1. Hiris timun memanjang dan sediakan juga bahan-bahan inti yang lain. Sosej, lobak merah dan filamen ketam direbus seketika dalam air panas. Ketepikan.


2. Satukan beras dan beras pulut. Basuh bersih dan masak nasi seperti biasa.
3. Bila sudah masak, gaulkan nasi bersama cuka masakan yang sudah dicampur dengan gula dan sedikit garam. Gaul hingga rata.


4. Ambil kepingan rumpai laut, letak di atas tikar buluh sushi atau plastik. Kemudian ratakan nasi diatas kepingan rumpai laut dengan secukupnya.
5. Kemudian susun hirisan timun, lobak merah, sosej, filamen ketam dan paipkan mayones dengan secukupnya. Jika mahukan rasa lebih enak, boleh sapu mayones pada nasi. Boleh juga menggunakan tuna sebagai inti.


6. Gulung dengan kemas.


7. Yang ini, empunya resipi gulung sushi menggunakan kepingan telur dadar.


8. Sushi yang telah siap digulung.


9. Dengan menggunakan pisau yang tajam, potong gulungan sushi tadi menjadi kepingan.


10. Sushi homemade yang enak siap untuk dihidang.


11. Boleh pelbagaikan inti mengikut selera masing-masing.


12. Untuk rasa lebih enak, boleh paipkan mayones diatasnya.

Kredit resipi & foto: Nurain Hazwani

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN