Cara Buat Pes Kunyit Homemade Untuk Masak Lauk Bergoreng.

Share

Ikan atau ayam goreng yang dimasak menggunakan pes kunyit homemade memang lebih enak. Aromanya yang wangi, sangat membuka selera. Jika di rumah anda ada tanam atau beli kunyit hidup dalam jumlah yang banyak, boleh cuba buat stok pes kunyit

untuk masakan perkongsian saudari Syiqah Jaafar ni. Boleh tahan berbulan-bulan. Berbaloi untuk dicuba.

 

CARA BUAT STOK PES KUNYIT HOMEMADE UNTUK MASAKAN BERGORENG

 

BAHAN-BAHAN:

  • 2 labu bawang putih
  • 300gm kunyit hidup
  • 1 bungkus garam halus
  • 3 inci halia
  • Serbuk kunyit secukupnya – jumlah agak-agak. Fungsinya untuk jadikan pes kurang berair
  • Sedikit air

CARA-CARA:

1. Bersihkan dan kikis kulit halia, kunyit. Basuh dan toskan.

2. Satukan kunyit, bawang putih, halia dan sedikit air ( sekadar cukup untuk lumatkan bahan kisar) ke dalam pengisar. Kisar halus.

3. Tuang bahan kisar ke dalam bekas. Masukkan garam dan serbuk kunyit. Gaul sebati.

4. Masukkan pes kunyit dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Pes ni boleh tahan berbulan-bulan dan sesuai untuk masak aneka makanan bergoreng.

Kredit resipi & foto: Syiqah Jaafar

IKLAN