Cara Buat Sos Pencicah Versi Terengganu Yang Super Sedap

Share

Bila makan celup tepung, popia atau keropok lekor, mesti digandingkan dengan sos pencicah. Tapi nak jumpa sos pencicah yang kena dengan tekak dan selera sendiri, memang sukar.

Menerusi perkongsian daripada saudari Syarifah Khyra Muhsin, dia sememangnya mengguna resipi dan cara sendiri dalam membuat sos pencicah.

Menggunakan bahan rahsia iaitu nise Kelantan, Syarifah Khyra mengakui rasa sos pencicah ini akan menjadi ketagih apabila sudah memakannya. Pendek kata, jika mentua lalu di belakang pun tak sedar.

 

RESIPI CARA BUAT SOS PENCICAH

BAHAN-BAHAN:

1 kerek nise Kelantan – beli online di sini
2 senduk lada kisar (saya buat sendiri guna lada kering)
2 senduk cuka makan – beli online di sini
4-5 sudu besar gula pasir – beli online di sini
1 sudu kecil garam – beli online di sini
2 sudu besar asam jawa (lebih kurang segenggam/sekepal – dicampur dengan air)

TONTON Dapur Rasa Live: Ikan, Sotong & Udang Celup Tepung 

TONTON  Makan Di Mana Eps 15:  Duduk Rumah Pun Boleh Layan Lauk Kenduri

CARA-CARA:

1. Didihkan air di dalam periuk. Kuantiti air lebih kurang setengah periuk (cukup untuk tenggelamkan satu kerek nise).


2. Masak nise sehingga ia hancur dan larut dalam air. Pastikan sentiasa dikacau supaya tidak hangus.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


3. Kemudian, masukkan lada kisar, cuka dan asam jawa (asam jawa tu, saya masukkan sekali dengan biji-bijinya)

. Kacau rata.

[KLIK DI SINI SERTAI PERADUAN MAGGI RASA]


4. Selepas itu, masukkan gula dan garam. Kacau lagi sehingga semuanya sebati rasa. Boleh rasa jika ada yang kurang. Biar semua ada manis, masin , masam, pedas.


5. Dah masak dan larut semua, boleh tutup api. Biar sejuk sebelum dihidangkan.

*apabila sudah sejuk, ia akan menjadi pekat. Sos pencicah ini boleh tahan sehingga 5 bulan jika disimpan dalam peti sejuk.

Kredit resipi: Syarifah Khyra Muhsin

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN