Cara Buat Sos Colek Ayam Homemade Yang Sangat Sedap

Share

Bila tiba bualan puasa, Colek Ayam antara hidangan yang menjadi kegemaran ramai terutamanya penduduk di negeri Pantai Timur. Biasanya bila selesai solat tarawih, hidangan colek akan dihidang. Terdapat pelbagai jenis colek yang boleh dinikmati dan rahsia keenakan hidangan ini adalah terletak pada sos nya. Nak cuba? Cikgu Afy Al Habibi ada kongsikan resipi sos colek. Jadi anda boleh nikmatinya bersama keluarga.

RESIPI SOS COLEK AYAM HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

5 senduk sos cili thai (beli online disini)


1 sudu makan kicap pekat (tidak penuh sudu) (beli online disini)
Air masak secukupnya
8 tangkai cili padi merah
1 biji lemon
2 tangkai bawang putih jeruk 
Bijan sangai
1/2 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan 1/3 cawan air (beli online disini)

CARA MEMASAK:

1. Kisar cili padi bersama bawang putih jeruk yang telah dibuang kulit dan tangkainya. Tambahkan air jeruk bawang putih kemudian kisar halus.

2. Dalam periuk bersesuaian, masukkan sos cili thai. Tidak perlu buka api.

3. Kemudian masukkan bahan kisar tadi bersama 1 gelas air.

4. Seterusnya perah lemon dan masak guna api perlahan.

5. Tambahkan kicap pekat. Jika buat sos kurang dari sukatan yang diberi, hanya tambah secukupnya supaya sos tidak terlalu gelap. Kacau sebati. Tidak perlu tambah garam atau gula kerana sos telah mempunyai rasa.

6. Untuk memekatkan sos, masukkan air bancuhan tepung jagung. Kacau sebati dan biar hingga mendidih. Jika sos terlalu pekat, boleh tambah sedikit air.

7. Angkat dan hidangkan bersama bahan-bahan colek seperti ayam goreng, aneka cucur, aneka makanan gorengan, keropok dan sebagainya.

8. Lebihan sos boleh disimpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.

 

Kredit resipi & foto: Afy Al HAbibi

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN