Hidangan spageti bolognese memang selalu kita sajikan kerana sajian ini boleh dimakan tak kira masa dari pagi sampai ke malam.
Oleh itu berbaloi sangat kalau kita sediakan stok sos bolognese secara frozen. Lebih memudahkan, bila terasa nak makan cuma defrost dan panaskan saja. Jika mahu menyediakan dalam kuantiti banyak boleh ikut cara yang dipraktikkan oleh Erni Abu Samah.
Cara beliau ini membolehkan kita menyediakan sos bolognese untuk 5 kali makan dan tahan hingga 6 bulan. Malah menurut beliau rasanya pun lagi sedap dari sos segera.
Buat sendiri sos spageti frozen, tahan 6 bulan boleh 5 kali makan
Ads
Sementara ada mood kita buatlah sos speghetti frozen, standby untuk Ramadan. Biasanya bila dah hujung puasa, tak lalu dah nak makan nasi.
Masukkan dalam paket kecil dan simpan dalam freezer, sos oni boleh tahan 6 bulan.
Bahan-bahan
7 kg tomato merah -buang kulit, biji dan kisar
5 biji bawang besar -didadu
15 ulas bawang putih – dipecahkan dan didadu
3 – 4 sudu besar garam
2 sudu besar – gula
Origano, parsley, basil (serbuk kering) – 2 sudu besar setiap satu
2 susu besar chili flakes
2 sudu besar lada hitam
Bay leaves
2 tin besar tomato puri
2 tin cendawan hiris (optional) ( letak 1/2 jam terakhir)
Cara membuat
1. Panaskan sedikit minyak jagung, tumis bawang besar, bawang putih. Jangan garing, cukup layu saja.
2. Masukkan tomato yg dikisar halus.
3. Masukkan 2 tin tomato puri bersama garam, gula, lada hitam dan semua daun herba.
4. Reneh atas api kecil dalam 2 jam. Kurang 2 jam sikit pun boleh.
5. Setengah jam terakhir masukkan cendawan yang dihiris.
Ads
6. Dah bila kuah dah sejuk masukkan dalam paket kecil sebelum simpan dalam freezer. Kuah spageti bolognese ini boleh tahan sehingga 6 bulan.
INFO: Sos ini lebih kurang 6 kg, boleh 5 kali makan. Rasanya lagi sedap berganda dari sos dalam botol.
Cara penggunaan sos
Bila nak makan hanya perlu tumis daging cincang, tambah sos di atas dan perisakan ikut citarasa. Boleh juga tambah beefball. Boleh jadi sos lasagna atau piza.
Ads
Tip buang kulit tomato
Kelar kulit tomato kemudian celur dalam air menggelegak hingga nampak kulitnya terkoyak. Jangan lama, nanti lembik. Nanti kulit tomato mudah dikupas macam kupas pisang.
Sesekali, selera kita pasti berubah-ubah kan? Asyik makan nasi, nak juga rasa makan pasta. Kali ini kami tampilkan resipi ringkas tapi bukan main sedap lagi iaitu Angel Hair Goreng Cili Padi. Kalau ikutkan, pasta memang tidak pedas. Tapi kita ubah sedikit untuk sesuaikan dengan cita rasa tempatan. Letak cili padilah baru syok!
ANGEL HAIR GORENG CILI PADI
BAHAN-BAHAN
2 sudu makan minyak masak| untuk menumis
5 ulas bawang putih | cencang halus
10 tangkai cili padi | tumbuk kasar
300 gram daging | hiris nipis
1 sudu makan sos tiram
1 peket pasta angel hair | celur dan toskan
1 batang lobak merah | parut kasar
¼ biji kobis | hiris halus
1 sudu teh MAGGI CUKUP RASA
1 sudu teh serbuk lada hitam
Lada sulah secukup rasa
Cencangan daun bawang – hiasan
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang putih sehingga wangi. Kemudian masukkan cili padi.
2. Masukkan hirisan daging dan sos tiram. Goreng sehingga daging masak.
3. Masukkan pasta angel hair dan gaul sebati.
4. Masukkan lobak merah dan kobis. Kaup-balikkan semua bahan sehingga sebati.
5. Tambah MAGGI CUKUP RASA, lada hitam dan lada sulah secukup rasa.
6. Tabur cencangan daun bawang sebagai hiasan.
* Selepas menggunakan MAGGI CUKUP RASA, anda tak perlu masukkan garam kerana segalanya sudah cukup dalam setiap penggunaan serbuk MAGGI CUKUP RASA. Senang, kan?
Nak tengok video masak Angel Hair Cili Padi? Jom tengok di sini.
Zaman sekarang, orang ramai semakin terbuka dengan penjagaan badan. Kalau boleh, badan nak maintain slim melim. Tak nak ada lemak tersorok sana sini. Berat badan pun nak ideal sahaja.
Nah, kali ini RASA kongsikan resipi pasta salmon. Ikan salmon ni memang mahal harganya tapi sangat bagus bagi yang sedang diet. Selain kurang berlemak, ikan salmon ada banyak khasiat untuk tubuh. Cubalah!
PASTA SALMON
Sedapnya.
BAHAN LEMON MENTEGA
3 ulas bawang putih (racik halus)
2 sudu besar jus perahan lemon
2 sudu besar mentega
Sedikit serbuk cili kasar
CARA MEMBUAT LEMON MENTEGA
1. Tumis bawang putih. Masukkan air perahan lemon, mentega dan serbuk cili kasar.
2. Matikan api dan ketepikan.
BAHAN SALMON PANGGANG
1 keping ikan salmon
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
CARA MEMASAK SALMON PANGGANG
1. Gaulkan ikan salmon bersama garam dan lada hitam. Letakkan di atas aluminium foil.
2. Panggang salmon di atas kuali sehingga masak.
3. Masukkan separuh campuran lemon dan mentega ke atas ikan salmon.
4. Biarkan sebati, ketepikan.
BAHAN PASTA
1/2 bawang holand (potong dadu)
250 gram pasta (direbus sampai lembut)
Garam secukup rasa
Sedikit lada hitam
Sedikit daun sup
Sedikit sayur pilihan
CARA PENYEDIAAN PASTA
1. Panaskan kuali. Tumis bawang holand dan baki separuh lagi lemon mentega.
2. Masukkan pasta dan 1/4 cawan air rebusan pasta tadi.
3. Masukkan garam dan lada hitam.
4. Masukkan daun sup dan sayur pilihan.
5. Sedia dihidang bersama salmon panggang tadi.
Sup kosong ini sering jadi pelengkap hidangan seperti nasi ayam kunyit, nasi goreng atau masakan panas bila makan di gerai. Walaupun namanya 'kosong', rasa...