Cara Buat Sira Buah Cermai. Resipi Orang Dulu-Dulu Yang Sedap & Wajib Cuba

Share

Sedapnya Sira Buah Cermai. Rasanya yang masam-masam manis sangat membuka selera. Buah Cermai sukar dimakan begitu sahaja kerana rasanya yang masam. Oleh itu dengan cara menyira begini, ia boleh menjadikan buah ini jadi lebih sedap dan mengelakkan ia terbuang begitu sahaja. Nak rasa? Saudari Norriah Ngah ada kongsikan resipinya. Jom cuba.

 

CARA-CARA MEMBUAT SIRA BUAH CERMAI

BAHAN-BAHAN:
1kg buah cermai
Air garam beli online disini
1 cawan air
3 cawan gula beli online disini

CARA MEMASAK:
1.Rendam buah cermai ke dalam air garam semalaman. Kemudian tapis.


2. Dalam kuali, masukkan air dan gula. Rebus gula sampai mendidih.


3. Kemudian masukkan buah cermai yang sudah ditoskan tadi.
4. Masak guna api sederhana. Kacau sekali sekala.


5. Lama kelamaan sira akan jadi lebih pekat. Buah cermai akan bertukar warna bila makin kering.


6. Bila warna sudah gelap dan air gula sudah kering. Angkat.


7. Sira Cermai yang masam-masam manis. Sedap! Selamat mencuba!

Kredit resipi & foto: Norriah Ngah

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN