Makan

Cara Buat Sendiri TELUR MASIN Cantik Kejadiannya, Penting Didihkan Air Hingga Naik Bunga Garam!

Share

Cara Buat Sendiri TELUR MASIN Cantik Kejadiannya, Penting Didihkan Air Hingga Naik Bunga Garam! Sedapnya telur masin bila dinikmati bersama sambal belacan dan ulam-ulaman segar. Bagi yang gemar lauk kampung, telur masin memang antara menu ringkas yang sentiasa membuka selera. Sebenarnya, cara buat telur masin sendiri di rumah tidaklah sesukar mana seperti yang disangka.

Mudah sahaja nak hasilkan telur masin yang elok, kuningnya masin berlemak dan putihnya tidak terlalu masin. Malah, bila buat sendiri, lebih jimat dan puas hati berbanding beli di kedai yang harganya semakin mahal. Paling penting, kita juga lebih yakin dengan tahap kebersihan dan kualiti telur yang digunakan.

Perkongsian Pengalaman Buat Sendiri Telur Masin

Perkongsian pengalaman daripada Raja Amanina yang membuat sendiri telur masin di rumah boleh dijadikan rujukan, malah hasilnya yang cantik dan menjadi.

“Telur masin ni nina jeruk sendiri je. Dah lama tak beli yang siap jeruk. Alhamdulillah cantik kejadiannya. Air garam tu nina masak hingga betul-betul mendidih. Orang Kelantan panggil hingga naik bunga garam.”

Bahan-Bahan:

50 biji Telur Itik (*cuci bersih dan jemur hingga betul-betul kering)
500gram garam kasar
1.5liter air
2 helai daun pandan
Bekas berpenutup

Cara Membuat:

1.Masak air, garam dan daun pandan hingga betul-betul mendidih dan sejukkan(pastikan betul-betul sejuk iya).

2. Masukkan telur itik ke dalam bekas dan tuangkan air garam yang dimasak.
3. Tutup kemas-kemas dan jeruk lebih kurang 2 minggu (14-15hari).

4. Setelah 2 minggu boleh try rebus dulu.. Kalau belum cukup masin boleh tambah 3,4 hari lagi.
5. Kalau dah cukup masin boleh toskan air garam.

Siap, Selamat Mencuba!

RASA: Bolehlah cuba buat sendiri telur masin ini sendiri di rumah. Lebih jimat, puas hati dan tak perlu ragu-ragu dah dengan kebersihan telur.

Sumber: Raja Amanina

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

Published by
Suhaidah Abd Wahab