Cara Buat Sambal Bilis Kering Rangup, Tahan 3 Bulan

Share

Ramai yang suka makan sambal, sama ada jenis sambal basah berkuah atau sambal kering.

Tapi kalau buat sambal bilis kering rangup ni, makan memang tak berhenti. Berhantu betul sebab boleh juga sedap ratah macam tu saja.

Menerusi perkongsian daripada Sara Long ini, sambal bilis kering ini menjadi kegemaran mereka suami isteri.

Malah lebih menarik, sambal mampu bertahan 3 bulan di luar dalam masih elok rangup dan tak rosak.

 

SAMBAL BILIS KERING

BAHAN-BAHAN:

1kg bilis (kalau nak sedap, cari bilis yang nipis) – beli online di sini
300gm cili kering gemuk (tak pedas) – beli online di sini
150gm cili kering pedas (kalau nak pedas, letak banyak mana anda nak)
2 ketul pati bilis knorrs
250gm bawang goreng
Gula halus @ kisar je gula biasa – beli online di sini
Garam – beli online di sini

TONTON Dapur Rasa Live: Asam Pedas Ikan Kembung 

TONTON Dapur Rasa Live: Mango Baked Cheesecake

CARA-CARA:

1. Cuci bilis dan toskan. Goreng sampai garing.
2. Basuh cili kering dan toskan. Masak guna air fryer sampai rangup.
3. Dah masak, tumbuk-tumbuk atau patah-patahkan. Nanti toskan guna jaring nak buang biji-biji cili.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


4. Kisar kering sampai jadi chili flakes. Pakai sarung tangan dan pelitup muka ya, nanti terbatuk menangis-nangis kena habuk cili.
5. Panaskan 3 sudu minyak masak. Masuk pati bilis kacau sampai hancur.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


6. Masuk cili kisar tadi, gula, garam. Kacau-kacau sampai sebati. Guna api kecil, nanti hangus cili dan akan rasa pahit. Kacau dalam 5 minit je, kemudian tutup api.
7. Masuk bilis dan bawang goreng. Gaul-gaul sebati. Rasakan cukup masin manis semua tu. Kalau nk tambah tempe/ kacang pun boleh. Goreng sampai garing dulu, kemudian masukkan semua dan gaul-gaulkan.

Kredit resipi: Sara Long

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN