Sambal Belacan memang kegemaran ramai. Ada gabungan rasa pedas, masam dan penuh umami! Memang antara hero di meja makan kita. Nampak simple tapi kalau Sambal Belacan ‘padu’ rasanya, nasi putih pun boleh habis sepinggan tanpa lauk lain.
Ramai juga alami masalah Sambal Belacan cepat basi bila disimpan. Nak buat stok pun jadi was-was. Sebenarnya, ada cara mudah nak bagi Sambal Belacan tahan lebih lama dan kekal sedap walaupun dah berhari-hari simpan dalam peti. Jom kita lihat petuanya.
Ramai suka sambal belacan segar, tapi versi tumis ni lebih tahan. Tumis cili, bawang dan belacan hingga garing. Keadaan ini membantu mengurangkan kelembapan dan elak kulat.
Minyak bertindak sebagai lapisan pelindung daripada udara dan bakteria. Bila Sambal dah siap, tuang lebihan minyak atas permukaan Sambal sebelum disimpan.
Asid dari limau buat Sambal cepat berair dan tak tahan lama. Nak Sambal rasa segar? Perah waktu nak makan nanti.
Bekas kaca yang disteril sangat disarankan. Letak dalam peti sejuk, boleh tahan 1–2 minggu.
15 tangkai cili merah/cili padi
1 biji bawang merah
1 sudu besar belacan bakar
2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
Tumis cili, bawang dan belacan hingga naik bau dan garing.
Kisar bahan tumis bersama air asam jawa.
Masak semula sambal kisar dalam kuali, tambah garam & gula ikut cita rasa.
Bila sambal mula pecah minyak, tutup api dan biar sejuk.
Simpan dalam bekas bersih dan kedap udara.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official