Sambal Belacan memang kegemaran ramai. Ada gabungan rasa pedas, masam dan penuh umami! Memang antara hero di meja makan kita. Nampak simple tapi kalau Sambal Belacan ‘padu’ rasanya, nasi putih pun boleh habis sepinggan tanpa lauk lain.
Ramai juga alami masalah Sambal Belacan cepat basi bila disimpan. Nak buat stok pun jadi was-was. Sebenarnya, ada cara mudah nak bagi Sambal Belacan tahan lebih lama dan kekal sedap walaupun dah berhari-hari simpan dalam peti. Jom kita lihat petuanya.
PETUA SAMBAL BELACAN TAHAN LAMA
1. Tumis Bahan Asas Terlebih Dahulu
Ramai suka sambal belacan segar, tapi versi tumis ni lebih tahan. Tumis cili, bawang dan belacan hingga garing. Keadaan ini membantu mengurangkan kelembapan dan elak kulat.
2. Gunakan Minyak Secukupnya
Minyak bertindak sebagai lapisan pelindung daripada udara dan bakteria. Bila Sambal dah siap, tuang lebihan minyak atas permukaan Sambal sebelum disimpan.
3. Limau Kasturi? Perah Masa Nak Makan Nanti
Ads
Asid dari limau buat Sambal cepat berair dan tak tahan lama. Nak Sambal rasa segar? Perah waktu nak makan nanti.
4. Simpan Dalam Bekas Kedap Udara
Bekas kaca yang disteril sangat disarankan. Letak dalam peti sejuk, boleh tahan 1–2 minggu.
Resipi Sambal Belacan (Versi Tumis)
Ads
Bahan-bahan:
15 tangkai cili merah/cili padi
1 biji bawang merah
1 sudu besar belacan bakar
2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
Cara Memasak:
Tumis cili, bawang dan belacan hingga naik bau dan garing.
Kisar bahan tumis bersama air asam jawa.
Masak semula sambal kisar dalam kuali, tambah garam & gula ikut cita rasa.
Bila sambal mula pecah minyak, tutup api dan biar sejuk.
Siapa yang tak suka makan kacang, badam, gajus, pistachio, pecan, walnut, waima kacang tanah pun ada manfaatnya kepada tubuh anda. Kudapan yang kaya dengan lemak tak tepu atau lemak sihat ini juga adalah sumber serat dan protein yang baik.
Tapi ingat ! jangan pula makan kacang yang sudah diproses dengan ramuan garam dan gula didalamnya . Yang dimaksudkan ini yang alami, dipanggang , rebus atau digoreng tanpa minyak.
Ni 8 jenis kacang dan manfaat kesihatannya…
*RDI (merujuk kepada pengambilan nutrisi mencukupi keperluan tubuh sihat, Amerika Syarikat)
Setiap sajian 28 gm badam ( 1 auns) mengandungi lebih kurang :
Kalori : 161 Jumlah lemak : 14 gm Protein : 6 gm Karbohidrat : 6 gm Serat : 3.5 gm Vitamin E : 37 % daripada RDI Magnesium : 19 % daripada RDI
Kajian kesihatan mendapati diet pemakanan yang kaya dengan badam boleh mengurangkan paras kolestrol. Badam juga adalah sumber diet rendah kalori yang boleh membantu penurunan berat badan dan mengurangkan tekanan darah bagi mereka yang mengalami masalah obesiti.
Dengan makan sejumlah satu aun atau 28 gn badam ia dipercayai dapat menurunkan peningkatan paras gula darah yang biasa dialami selepas makan oleh pesakit diabetes, sebanyak 30 peratus. Dan mengurangkan keradangan dialami pesakit diabetes tahap 2.
Badam juga membantu pertumbuhan bakteria baik dalam usus termasuk bifidobacteria dan lactobacillus.
Kacang pistachios adalah kaya dengan serat. Dalam setiap sajian 28 gm (1 auns) mengandungi :
Kalori : 156 Jumlah Lemak : 12.5 gm Protein : 6 gm Karbohidrat : 8 gm Serat : 3 gm Vitamin E : 3% daripada RDI Magnesium : 8 % daripada RDI
Sama seperti badam, pistachios juga boleh memperbaiki tahap kolestrol. Memakan 2-3 auns pistachio sehari boleh meningkatkan HDL kolestrol baik dan juga membantu mengurangkan faktor risiko penyakit jantung, berat badan dan ‘oxidative status’ (yang boleh menyumbang kepada penyakit jantung. Mengurangkan peningkatan gula darah selepas makan.
Walnut adalah kacang yang popular dengan sumber terbaik asid lemak Omega 3 dan alpha-linolec acid (ALA )
Setiap sajian 28 gm (1 auns) mengandungi :
Kalori : 182 Jumlah Lemak :18 gm Protein : 4 gm Karbohidrat : 4 gm Serat : 2 gm Vitamin E : 1 % daripada RDI Magnesium : 11 % daripada RDI
Walnut dipercayai memperbaiki beberapa faktor risiko penyakit jantung. Ini mungkin kerana kandungan ALA yang tinggi dan nutrisi yang lain. Walnut mampu mengurangkan jumlah kolestrol dan LDL Kolestero dalam masa yang sama meningkatkan tahan HDL kolestrol ‘baik’.
Ia juga membantu kesihatan jantung termasuk tekanan darah dan system peredaran darah. Masalah keradangan juga mampu dikurangkan yang mana ini boleh mengelakkan daripada beberapa penyakit kronik.
Ia juga terbukti meningkatkan keupayaan kognitif otak dalam pengujahan dan perbezaan pendapat, bermakna ia juga makanan sihat untuk otak.
Sajian 28 gm (1 auns ) gajus mengandungi:
Kalori : 155 Jumlah lemak : 12 gm Karbohidrat : 9 gm Serat : 9 gm Vitamin E : 1% daripada RDI Magnesium : 20 % daripada RDI
Kajian mendapati diet pemakanan yang mengandungi 20 peratus daripada gajus memperbaiki tekanan darah mereka yang mengalami sindrom metabolic (masih dalam kajian). Dan ia juga meningkatkan potensi anti oksidan di dalam dietnya.
Kacang pecan kerap digunakan dalam sajian ‘dessert’ barat. Setiap sajian 28 gm (1 auns) mengandungi :
Kalori : 193 Jumlah lemak : 20 gm Protein : 3 gm Karbohidrat : 4 gm Serat : 2.5 gm Vitamin E : 2 % daripada RDI Magnesium : 8 % daripada RDI
Kacang pecan dipercayai dapat menurunkan paras kolestrol LDL ,tubuh yang paras kolestrolnya adalah normal. Seperti kekacang lain ia juga mengandungi polyphenols yang bertindak sebagai anti oksidan. Kajian mendapati mereka yang makan pecan untuk 4 minggu daalam pengambilan kalori menunjukkan peningkatan anti oksidan di dalam darah.
Kacang ini mengandungi pelbagai pelbagai nutrisi dan sumber hebat lemak tak tepu (monounsaturated fat). Setiap sajian 28 gm/ 1 auns mengandungi :
Kalori : 200 Jumlah lemak :21 gm Protein : 2 gm Karbohidrat : 4 grm Serat : 2.5 gm Vitamin E : 1% daripada RDI Magnesium : 9 % daripada RDI
Kebanyakan daripada manfaat kesihatan daripada kacang macadamia adalah berkait dengan kesihatan jantung. Ini kerana kandungan lemak tak tepunya yang tinggi. Kajian mendapati diet yang kaya dengan macademia boleh menurunkan jumlah kedua kolestrol dan LDL kolestrol bagi mereka yang tinggi kolestrol.
Malah diet kaya macademia juga menghasilkan efek yang sama dengan diet jantung sihat yang disarankan oleh Persatuan Jantung Amerika. Ia mengurangkan faktor risiko penyakit jantung termasuk keradangan dan ‘oxidative stress’.
Kacang hazelnut memang tinggi khasiatnya. Setiap sajin 28 gm(1 auns) mengandungi :
Kalori : 176 Jumlah lemak : 9 gm Protein : 6 gm Karbohidrat :6 gm Serat : 3.5 gm Vitamin E : 37 % daripada RDI Magnesium : 20 % daripada RDI
Seperti kekacang lain, hazelnut juga mempunyai efek bermanfaat terhadap faktor risiko sakit jantung. Ia juga dikatakan mampu mengurangkan jumlah kolestrol, LDL kolestrol dan triglycerides. Boleh mengurangkan keradangan dan meningkatkan fungsi saluran darah. Macademia juga meningkatkan jumlah kandungan Vitamin E dalam darah.
Teknikalnya kacang tanah bukan lah jenis kekacang tetapi dalam keluarga ‘legumes’. Bagaimanpun ia tetap dianggap kekacang kerana mempunyai nutrisi dan manfaat keseihatan yang sama.
Setiap sajian 28 gm (1 auns) kancang tanah yang dipanggang :
Kalori : 176 Jumlah lemak : 17 gm Protein : 4 gm Karbohidrat : 5 gm Serat : 3 gm Vitamin E : 21 % daripada RDI Magnesium : 11% daripada RDI
Kacang tanah juga boleh memperbaiki faktor risiko untuk sakit jantung. Jika anda memilih untuk makan mentega kacang, pilih yang mempunyai kandungan kacang yang tinggi dan elakkan yang tinggi kandungan minyak dan bahan proses yang lain
Elakkan dari memakan kacang tanah yang bergaram atau berbahan perisa.
Jika anda nak resipi berasaskan kacang yang menyihatkan ini. Nantikan majalah RASA isu oktober ini. Ada 10 resipi berasaskan kekacang menanti untuk dicuba. Tunggu tau
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Semperit memang mudah dihasilkan namun yang renyahnya apabila tiba bab nak tekan acuan. Bagi yang kurang mahir, pasti rupa doh yang ditekan ada bermacam-macam saiz. Ada yang besar, ada yang agak nipis, ada yang senget dan sebagainya.
Melalui perkongsian saudari Yusmini Ramli, beliau telah menunjukkan cara menekan acuan semperit yang mana hasilnya sangat cantik dan kelihatan sekata tanpa ada senget-senget. Mudah sahaja. Hanya menggunakan muncung botol yang telah dipotong yang diselit pada acuan semperit. Memang kreatif! Anda pun boleh cuba cara ni.
Makanan bergoreng memang sedap dan rangup, tapi ia sebenarnya mempunyai kandungan kolesstrol yang tinggi. Dah tentu-tentu ia tidak baik untuk kesihatan terutama masalah jantung dan tekanan darah tinggi. Kalau anda sukar mengelakkan makanan bergoreng, ini ada tiga cara menggoreng yang boleh diamalkan bagi mengurangkan kandungan kolestrolnya.
Guna Minyak Bersih
Penggunaan minyak baru yang bersih menjadikan kadar kolestrol makanan yang digoreng adalah selamat dimakan kerana kadar kolestrolnya tidak terlalu tinggi.
Masukkan Makanan Bila Minyak Betul-Betul Panas
Pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan makanan yang hendak digoreng. Dengan cara ini makanan yang digoreng lebih cepat garing dan masak. Masa yang sama makanan tidak akan menyerap banyak kolestrol dari minyak gorengan.
Tapis Makanan
Gunakan penapis semasa mengangkat makanan yang digoreng supaya minyak yang melekat pada makanan tiris ke bawah dan makanan tidak berminyak. Kemudian letakkan makanan atas tisu dapur supaya baki minyak meresap pada tisu sebelum makanan sedia dihidangkan.
Mudahkan! Sekarang anda boleh manfaatkan tip ini.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nasi Beriani Udang yang wangi, berderai dan mudah dimasak menggunakan rice cooker. Ikuti resipi lengkap beserta tips untuk menghasilkan nasi beriani yang sedap dan menyelerakan.