Cara buat roti sardin crunchy…
Roti sardin selalu kita jadi hidangan petang, tapi kalau nak kelainan boleh buat versi yang crunchy.
Untuk dapat hasil roti sardin yang rangup ini, kena sediakan bancuhan tepung yang sesuai. Caranya dikongsi oleh Shafiqah Abd Razak.
1 pek roti keping putih
1 biji bawang merah besar – dihiris
Air asam jawa – agak-agak sahaja
1 tin besar sardin – buang tulang dan goreng sekejap ikannya
Secukup rasa – garam/gula/perasa jika suka
Cili padi – jika suka pedas
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
Sedikit serbuk kunyit
Air sejuk – secukupnya
Serbuk perasa
Secukup rasa
1. Hancurkan kasar ikan sardin yang telah digoreng. Campurkan sedikit sos dari tin sardin, bawang hiris, air asam jawa, dan secukup rasa. Gaul rata. Kalau nak pedas, boleh tambah cili padi.
2.Ambil sekeping roti, sapu rata inti tadi (jangan terlalu banyak atau sedikit), kemudian tutup dengan sekeping roti lagi. Potong bentuk segitiga.
3. Campurkan tepung, telur, kunyit dan secukup rasa. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit hingga dapat bancuhan sederhana pekat, tak terlalu cair. Kacau hingga tidak berketul.
4. Celup roti berinti ke dalam bancuhan tepung dan terus goreng dalam minyak yang telah dipanaskan. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyak. Ulangi hingga habis.
-Gunakan air sejuk untuk bancuhan tepung – ini membantu hasil gorengan yang lebih rangup.
-Jangan tekan roti terlalu kuat supaya ia tak menjadi leper dan kempis.
-Boleh juga letak sedikit daun sup atau daun bawang cincang dalam bancuhan tepung untuk rasa lebih harum.
-Inti boleh dipelbagaikan – sardin, tuna, ayam, atau daging kisar pun boleh.
Kredit resipi & foto: Shafiqah Abd Razak
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA