Cara Buat Roti John Homemade. Mudah & Sangat Sedap.

Share

Roti John adalah antara makanan ringan yang menjadi kegemaran ramai. Bila ke pasar malam, gerai yang jual Roti John sedap pastinya dikerumuni ramai. Namun, agak susah nak jumpa gerai yang jual Roti John ni yang memuaskan hati dan kena dengan selera. Harga pun boleh tahan  mahal. Inti pun ciput je. Hirisan kubis je tinggi menimbun. Anda terasa nak makan? Jom belajar buat Roti John secara homemade

. Pasti puas hati.

 

ROTI JOHN HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm daging kisar
  • 4 biji telur
  • 1 biji bawang besar | potong dadu
  • 2 biji ubi kentang | potong dadu
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 paket kecil rempah sup
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu makan marjerin / mentega
  • Daun sup dan daun bawang secukupnya
  • Roti frankfurter @ roti sosej
  • Mayones secukupnya
  • Sos cili secukupnya

 

CARA MEMASAK:

1. Panaskan mentega @marjerin .

2. Masukkan bawang besar.Tumis sampai sedikit layu.

3. Masukkan kentang yang dipotong dadu. Kuantitinya ikut citarasa. Nak lebihkan pun boleh.

4. Kemudian masukkan daging kisar.Gaul sekata.

5. Masukkan kiub pati ayam. Kacau lagi hingga larut.

6. Selepas semua bahan kelihatan mesra, masukkan rempah sup.

7. Perasakan dengan sedikit garam. Guna sedikit sahaja kerana kiub pati ayam tadi telah memberikan rasa masin.

8. Lepas dah siap masak, pecahkan telur dan campurkan dengan inti yang siap dimasak tadi. Selebihnya simpan dalam peti sejuk dan boleh tahan sebulan.

9. Tambahkan sedikit daun sup dan daun bawang.

10. Potong roti ,belahkan jadi 2 macam dalam gambar.

11. Masakkan inti di dalam kuali. Jumlahnya ikut citarasa masing-masing.

12. Setelah inti kelihatan sedikit masak, letakkan 2 keping roti. Kemudian terbalikkan.

13. Ini rupa roti dengan inti yang dah diterbalikkan.

14. Sapukan mayones dengan secukupnya.

15. Seterusnya sapukan sos cili mengikut citarasa.

16. Siap! Sedia untuk dinikmati.

      

 

Kredit resipi & foto: Nurul Shuhada Nsar

IKLAN